Saturday, December 18, 2010

Transformation....buat aku, kamu, kita,..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, saya masih diberi nikmat oleh Allah s.w.t, untuk terus menghirup udara segar pagi ini, masih mampu bernafas, masih mampu melihat dan masih seperti semalam.. Tapi saya berazam, saya ingin berhijrah.. ya, saya perlu, dan saya mahu! "Ya Allah, permudahkanlah.."

Saya perlu menjadi saya yang baru,..
setiap yang berlaku pasti bersebab.. dan ade juga sebab kenapa saya ingin berhijrah.. tambahan pula, Rasullullah kan menggalakkan umatnya untuk sentiasa berhijrah.. biarkan hari ini lebih baik daripada semalam, dan insyaAllah jadikan hari esok jauh lebih baik daripada hari ini..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang ingin berubah.."
****

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
dan ingatlah anakku,
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.
INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


~harapan~

~keinginan~

~Allah yang menentukan~

****

Ayuhlah duhai akhawat, sahabat2 sekalian.. kita lakukan transformasi, dalam mencari Redha Ilahi...


Wassalam,
ma'assalamah..(^_~)
 

2 comments:

Anonymous said...

ukhti: "cinta layaknya seperti seekor rama-rama semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. biarkan rama-ramamu terbang kerana saja ia suka.siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka.mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu BUKAN rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu.."

~Kasihilahi~ said...

syukran atas INGATAN...