Thursday, December 2, 2010

Jom tangani stress...=)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dapat juga saya publish post untuk kali ini..
saya tertarik ntuk share pasal stress a.k.a tertekan sebab lately ni ramai juga yang mengalami sindrom tekanan..=(

ade banyak cara yang boleh kite apply untuk menangani tekanan..
antaranya..:

Menangis dengan sepenuh hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” – ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah – olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama – sama rakan – rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.. insyaAllah..
and banyak lagi....




BUT the most important, kembalilah kepadaNYA.. Dakaplah kalam-kalamNYA, hayatilah, renungilah.. insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang.. adukanlah padaNYA kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang tersembunyi....


wassalam..
ma'assalamah..(>.<)

2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

stress mengajar kita untuk lebih matang untuk melakukan sesuatu...:-)
cubalah utk stress..hee

Unknown said...

kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah..(^_^)