Tuesday, December 20, 2011

Walimatul Urus (~_^)

Bismillahirrahmanirrahim..

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…”

Alhamdulillah, walimah di pihak perempuan dan lelaki dah selesai.. leganya saya..
Penat? Ya, amat sangat. Maklumlah jadi orang dapur. Tolong-tolong mana yang patut. Nanti masa walimah saya pulak, orang lain pulak yang akan bertungkus lumus macam saya.. * ceh, macam banyak je sumbangan saya*

Ok, forgive me..Lupa nak cerita. Walimah ni adalah walimah kakak saudara saya. Dia dan family dia sangat2 close to us.. sebab tu wedding dye ni, kami satu keluarga pon ikut sibuk macamlah yang kahwin tu kakak saya.. Tapi memang best.

She is 21 and her husband, 28. Kisah pertemuannya cukup manis. Biar saya coretkan ala-ala kisah novel ya.. (^^)

****************************************
Kisahnya bermula begini.

Si suami awalnya merupakan seorang tenaga pengajar baru di madrasah milik ayah si isteri. Akhlak dan budi pekerti yang baik, tambahan pula si suami juga seorang penghafaz Al-Quran,  memikat hati si ayah untuk ‘meminang’ si suami buat anaknya. Hasil musyawarah dan istikharah, si suami menerima risikan si ayah. Si ayah pula bertanya pada si anak. Si anak juga bersetuju, kerana dia yakin pilihan ayahnya adalah pilihan yang terbaik. Dan juga kerana peristiwa itu.

Ketika awal tahun 2011, si isteri dan seluruh ahli keluarganya dimurahkan rezeki oleh Allah untuk  menunaikan umrah. Tatkala dihadapan Kaabah, si ayah meminta anaknya yang sulung, si isteri untuk menunaikan solat istikharah,. Berkaitan jodohnya. Ya, si anak dapat bayangan itu. Tapi katanya, dia tidak mengenali lelaki itu. Malahan  tidak pernah langsung melihat wajahnya.

Dan Alhamdulillah, teka teki itu terjawab. Dia itu adalah si suami. Itu yang menyebabkan si anak bersetuju dengan pilihan si ayah. Seminggu berkenalan, rombongan meminang bertandang. Tarikhnya telah disepakati . 8 Muharram, bersamaan 4 Disember,2011. Tempoh pertunangan hanyalah tiga bulan. Ini kerana bimbang, jika tempoh pertunangan terlalu lama takut bisa mengundang fitnah.

Keluarga si suami cukup teruja dengan pernikahan ini. Ini kerana si isteri merupakan menantu pertama keluarga si suami yang bukan datang dari keturunan Syed dan Syarifah. Ya, pangkal nama si suami punya gelaran Syed. Tapi tidak si isteri. Ini yang menyebabkan ahli keluarga si suami cukup excited. Beberapa minggu sebelum majlis pernikahan, si suami minta kebenaran ayah dan umi si isteri untuk berjumpa dengan si isteri. Di rumah si isteri dan dihadapan umi dan ayah si isteri. Katanya, ingin melihat wajah tunangnya yang disebalik purdah itu. Bimbang di hari pernikahan nanti tak kenal pula yang mana isterinya. Berjenaka si suami.

Alhamdulillah, genap tiga bulan tempoh pertunangan, akad dilangsungkan. Dengan sekali lafaz, sah si isteri menjadi hak si suami. Keadaan waktu itu cukup sayu. Mugkin kerana si ayah akan melepaskan  tanggungjawabnya terhadap si anak dan menyerahkannya kepada si menantu.

Majlis pernikahan mereka dihadiri hampir 3000 orang tetamu. Ramai bukan,? sepertinya artis. Ya, kerana si ayah ini cukup dikenali dikalangan mereka-mereka yang dahagakan ilmu. Si ayah akan sentiasa menabur bakti sebagai seorang pendakwah,pengajar hatta guru bagi membantu mereka yang ingin dekat denganNYA..

Dan InsyaAllah, kita sama-sama doakan supaya mahligai yang dibina si suami juga si isteri ini akan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA.. Ikatan suci yang dibina hanya kerana Allah..

*****************************
Macam mana? Ada gaya novel tak?

Ini bukanlah kisah novel atau cerpen yang dikarang dari imaginasi manusia. Tapi ini adalah kenyataan. Kenyataan yang saya sendiri lihat. Dapat saya rasakan kebahagaiaan kedua mempelai itu.

Perkahwinan bagi saya adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ia bukanlah permainan. Begitu mudah umat hari ini mendirikan mahligai itu dan merobohkannya. Setiap kali saya terbaca, terlihat atau terdengar cerita tentang keretakan rumah tangga, saya berasa takut. Sedih kerana mereka seolah-olah mempermainkan institusi kekeluargaan ini. Ya, saya faham, dah di takdirkan Allah, nak buat macam mana? Kan?. Tapi jika pasak yang dibina itu kerana Allah, pasti Dia akan memeliharanya. Jika asasnya perkahwinan itu punya cinta dan kasih sayang keranaNYA, pasti Dia akan menjaganya. Pokok pangkalnya terpulang pada kita kerana pilihan itu di tangan kita. Sama ada kita ingin menimbang menggunakan neraca akhirat, atau menimbang dengan neraca dunia. Segala-galanya kita perlu kembali kepadaNYA. Allah Yang Maha Esa.

Oh, saya rasa dah macam ahli falsafah dah. Berbalik kepada cerita sepupu saya tadi, oleh sebab si suami ni ‘oghe klate’, jadi kami yang di Johor ni pun memulakanlah perjalanan ke Kelantan. Jauhnya Ya Allah.. hampir 12 jam barulah sampai di Rantau Panjang. 10 buah kereta berkonvoi ke Rantau Panjang. Dengan keadaan cuaca yang agak kurang baik, Alhamdulillah, kami sampai juga. Homestay di Rantau Panjang satu malam sebelum ke majlis di pihak lelaki pada keesokan harinya. Awalnya ramai yang mencadangkan untuk menyewa bas . Tapi kami fikirkan yang lebih baik kita naik kereta sendiri, mudah untuk ‘menyambung’ percutian di negeri pantai timur ni setelah tamat majlis. Rasional kami diterima.

Alhamdulillah, selesai majlis, keluarga saya dan pak cik saya meneruskan percutian kami di Kelantan dan Terengganu selama 2 hari lagi. Macam biasa, shopping di Pasar Khadijah, beli keropok lekor, losong, ikan kering,banyak lagilah.

But the most precious time is when we arrived at one of the beach at Terengganu. It is awesome. Pantai dekat Terengganu sangat masyuk. Ombak nye sangat kuat. Saya dah mula rindu pada tanah Terengganu. This is my 2nd time to Terengganu but this is the best vacation ever! Asalnya saje je duduk tepi pantai sambil makan sata, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor dan Negeri 9. Tapi makin lama makin seronok. Makin lama saya rasa makin indah pulak pantai tu.. tapi, tak boleh lama, sebab kami masih ade baki lebih kurang 10 jam sebelum sampai ke negeri masing—masing. Dan negeri Terengganu saya tinggalkan dengan hati yang sayu. Wah kuat betul penangan negeri Terengganu ni. (^_~)

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Negeri 9 jam 10 malam. Perjalanan 12 jam yang cukup mencabar kerana hujan yang terlalu lebat dan keadaan jalan yang tak berapa elok.

Saya rasa entry ni adalah entry terpanjang yang saya pernah tulis. 

But then, i thought of something.
Perkahwinan sepupu saya ni membuka mata dan minda saya bahawa kahwin di usia muda ni(refer to my cousin’s age ~_~) bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya. Maksud saya bukanlah kahwin ketika belajar ni akan membantutkan segala rancangan yang dah diatur tentang kerjaya di masa depan or what-so-ever. Tapi, insyaAllah, rancangan tu akan jadi lebih manis dengan kehadiran orang tersayang yang akan jadi tempat bersandar dan kekuatan untuk lebih berjaya. *oh, saya ini seperti sudah punya pengalaman*

And  guess what, saya tak pernah sangka yang rupa-rupanya umi dan abah saya sangat tidak menghalang kami adik beradik untuk mendirikan rumahtangga sewaktu belajar. Wah, saya cukup terkejut bila tahu yang umi dan abah tak membantah langsung kahwin di usia muda. Selama ni saya ingat diorang tak pernah buka hikayat pasal marriage ni sebab diorang tak nak kami kahwin awal. But then,  I’m totally wrong.  They will always be there if we want to have a marriage. Tapi syaratnya, abah dan ummi perlu jumpa dahulu, siapa pun mereka. Diorang tak kesah, as long as the ‘calon menantu’   have strong faith in Allah.

Thank you  Allah for giving me the best parents ever!!

N that’s it. THE END.
Ma'assalamah

Tuesday, December 13, 2011

Random

"I took a step back because i felt that i wasn't good enough for you."


Wednesday, October 19, 2011

Di Sini 'cinta' itu Bermula

Sahabat,
Sungguh indah saat itu,
Ketika kita sama-sama berjuang di bumi itu,
Ketika kita sama-sama mencari nilai diri,
Tika kita sama-sama mencari apa itu tarbiah diri,
Tika kita sama-sama mula mencari hidayah dariNYA...

Sahabat,
saat itu tak mungkin aku lupa,
saat itu kau dan aku dipertemukan..
kita sama-sama mencari redha Ilahi 
dalam taman-taman Syurga..

Sahabat,
saat-saat manis itu tak pernah hilang walau sedikit pun,
dari kotak memoriku,

kerana,
detik itu adalah detik yang menyedarkan aku
akan hakikat kehambaanku,
detik yang membawa aku ke jalan redhaNYA..


tak mungkin akan aku lupa,
persahabatan ini.. 
Persahabatan yang berpintal iman,

Semoga ukhwah kita mendapat redhaNYA,
Ukhwah yang bermula di satu tempat suci...
ya, di bumi itu..

dedikasi buat sahabat di INTEGRASI JEMPOL..
PRODIGY 09
Especially for you,
iqa, zati,wani,pia..

Thursday, July 28, 2011

(^_^)

Bismillah...



Sesuatu yang diimpikan,
Tak selalu jadi kenyataan.

Tetapi apa yang tak terduga sering berlaku tiba
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam

Tapi usah kita ketawa memanjang kerana
kemenangan yang belum pasti untuk selamanya

Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa,
Apalagi bila berjiwa muda

Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan
Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang tertunda

Mungkin hari ini kita kuat & selesa
Tapi x mustahil esok kita pula rebah tak berdaya

Kuatkan hati wahai pejuang Allah!



"Ketenangan dan kebahagiaan adalah ketenangan
dan hembusan dari langit,
Diturunkan ke hati orang yang beriman,
Mereka tetap teguh dikala insan lain dalam kegoncangan..."
~Syed Qutb~


Tuesday, July 5, 2011

Istikharahku membisikkan sesuatu (FATIMAH SYARHA)

Bismillah..

Satu perkongsian yang insyaAllah bermanfaat buat semua.
Hasil nukilan: Fatimah Syarha di blog beliau, ~sebarkan bahagia~
*Saya gunting tampal je masuk kat blog saya...(^_^)

*******************************************


Persoalan Lazim Remaja
            “Bagaimana kita hendak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?”
“Selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buatistikharah. Jadi, perlukah saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun kepadanya?”
“Saya takutlah hendak membuat istikharah. Takut nampak apa yang saya tidak berkenan.”
Apa Itu Istikharah?
            Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa cuti semester? Mahu mengikuti jurusan Undang-undang Sivil ataupun Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
*Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
*Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
*Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ataupun baju kurung? Mahu pergi dating ataupun study?
Doa Istikharah
 
            Maksudnya: 
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka
 jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
            Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan 
(Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah insan yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).
. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .

*************************************************************
InsyaAllah, semoga bermanfaat buat semua.. 

credit to:Ustazah Fatimah Syarha Noordin



Monday, June 27, 2011

...So Do I



People can change.
so do i.

Allah nak tegur kita dengan pelbagai cara.
apa yang berlaku pada saya, adalah mungkin teguran daripadaNYA.
Thank You Allah..


"i know,.. 'coz Allah is near"

******************************************
I want to start a new chapter of me.
InsyaAllah, a better me..

Do not forget about the past, but not always think about it..
The important thing is, learn something from the past.
I don't want to repeat the same mistakes.

AGAIN.

InsyaAllah.

syukran 'ala kulli hal..

Tuesday, June 21, 2011

Muhasabah Cinta

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, 
cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia,
 dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu,
 Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu 
dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. 
.tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)
~Allahumma yassir wala tu'assir ya Karim~

Monday, June 20, 2011

Berbulatan Gembira di Taman Jaya..(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tak sangkanya, at last! ade jugak idea nak post kat blog nih, *selain drpd menge'wish' Happy Father's day  for my beloved dad, hehe* 


Actually,
Setiap kali online, mesti terasa nak post something. Tapi idea saye macam beku. Icebox pon x sebeku idea saya ni. Memang saya clueless betul bila pandang monitor..huhu

Terasa macam banyak je nak dikongsikan. Tapi bila nak start menaip, hilang semua. Z.E.R.O
But its ok. Everything will happen for a reason..=)

19 jun 2011

Saya memang excited tunggu tarikh kat atas tuh..
wanna know why?

Sebab ade rehlah (picnic) dekat taman Jaya, area-area Amcorp Mall.. Tahu tak kat mana?
haish, tak tahu lagi? *Dah, pi Google laa ni jugak!* ^_^

Alhamdulillah, pagi tadi, saya ada rehlah bersama ahli-ahli konferens riang saya. Tapi kali ni bukan ahli yang sikit-sikit tu.. Kali ni, jumlah yang besar.. Konferens riang saya bergabung dengan konferens riang sahabat-sahabat yang sefikrah dengan saya*InsyaAllah*.. Lalau kami telah menghasilkan bulatan gembira yang cukup besar dan siyes, memang menggembirakan..



~Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengetuk pintu hati ini untuk bersama-sama mereka di jalan dakwah dan tarbiyyahMU ini..~



Pengembaraan kami bermula seawal jam 8.30 pagi. Sebagai insan yang bergelar Islam, menepati masa itu penting, ok. Alhamdulillah, dengan semangat juang yang tinggi, *cewah..uhuk uhuk*,
kami meneruskan perjalanan ke pintu gerbang Taman Ilmu dan Budi (baca; Gate of Garden Knowledge and Virtue) hehe..

Alhamdulillah, perjalanan nak ke Taman Jaya memang cukup lancar. Bas on time, LRT on time.. memang Allah tolong sungguh!.

Kan Allah dah bagitahu, kalau kita tolong agama Allah, pasti DIA akan tolong kita. Jadi, tawakkal pada Allah kena tinggi..^_^ (peringatan untuk diri ini jugak..)

 Setelah tambah tolak darab bahagi lebih kurang setengah jam, kami pun sampailah di Taman Jaya ni.. Canttik pemandangannya..

Subhanallah, cantik kan?



Then, let the pic tell you everything.. (a_a):

Sesi taaruf bersama adik-adik First year..=)

Setup tikar sikit..
Akak-akak main board subang jaya, kak surai, Kak Wan n Kak asma' siap datang bawak anak2 sekali..
beruntung anak-anak mereka, sebab kecil-kecil lagi dah didedahkan dengan dakwah dan tarbiyyah.. 

The game start.. 



kali ni, kami main beberapa buah games. Yang pic kat atas ni, game Lukisan rosak.. Lebih kurang macam telefon rosak.
Guess what? saya ni memang tak pandai melukis agaknya. asyik tak jadik je gambar yang saya lukis tu.. Hadoi.. memang kumpulan saya asyik kalah je game ni.. Maybe sebab tu lah saya tak ambil course AED kot (Architechtural and Environmental Design)..hee~



Penat-penat..


walaupun anak meragam, Kak Wan still cool.. Terima kasih sebab datang, Kak Wan..

Nak memperjuangkan agama Allah ni, kita perlukan pengorbanan. Setiap segi, setiap sudut.

MUDAH?

Tak, memang tak mudah. Tapi kalau kita betul2 bersungguh, InsyaAllah, Allah akan tolong kita. 

Jika bukan kita, saya, anda, awak yang memperjuangkan agama suci ini, siapa lagi?

Islam itu bukan hanya pada nama semata-mata.

Dakwah ni perlu diteruskan.. 

Contohya, bagi yang dah berumahtangga, wanita khususnya, teruskanlah dakwah anda dengan keizinan suami. Itulah pentingnya untuk mempunyai pasangan hidup yang sefikrah dengan kita, agar sama-sama dapat mendirikan baitul muslim yang mampu untuk menjadi wadah penyalur dakwah dan tarbiyyah..

Ya, saya juga berharap agar saya dapat menjadi seperti Kak Wan, Kak surai, dan mereka-mereka yang lain, yang masih dan akan terus berada di jalan ini, walaupun telah berumahtangga..

"Allahumma Yassir wala tuassir Ya Karim.." 

Ma'assalamah..
(^_^)



Selamat Hari Bapa, Abah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Hari Bapa, 
Buat abah tersayang,

Thanks a lot abah, for everything.
You are my sunshine, my only sunshine..

Setiap detik, setiap saat,
diri ini merasai kasih dan sayangmu..

Rasa itu sentiasa ada,
menguatkan diri ini yang kadang kala 
Rapuh,.

Terima kasih kerana sentiasa berada disisi,

same as Ummi,
~I love you till da degree of infinity~

Dedicated to my humble, beloved and caring Abah,

Mat Sundari Suratman
(07 October 1964)


Saturday, June 4, 2011

Barakah Sebelum Berkahwin

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dapat juga jari-jemariku menaip aksara-aksara untuk menzahirkan apa yang bermain dihati dan fikiran tika ini..*cewaaaaah, ayat novel tuh...*

Again, Alhamdulillah dapat jugak saya menatap monitor untuk kesekian kalinya. Dah lame kan saya tak publish post? lama kan,kan,kan?*Gaye macam ramai je yang view blog nih!huhu*

Nampak tak tajuk yang kat atas tuh? Nampak..



Ceh, bukan saya yang nak mendirikan baitul muslim. Mungkin untuk saya belum sampai seruNYA lagi.
InsyaAllah, esok, 5 Jun 2011, sepupu saya akan mendirikan masjid. Alhamdulillah segala persiapan telah disediakan, dan yang paling penting kebergantungan kita kepadaNYA jangan pernah surut walau sedikit, pun.

Tapi, saya x dapat join, sebab dah kembali ke UIA 2 hari yang lepas.

mase saya dok godek-godek blog orang, saye terjumpalah satu artikal ni. Dan sangat kene pulak dengan situasi sepupu saya nak mendirikan rumahtangga, maka saya pon copylah artikel tu.
Ringkas, tapi insyaAllah boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang ingin mendirikan baitul muslim..(a_a)

**************************************

“Wan..macam mana persediaan?” tanya seorang kakak senior.
“Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak..”

Lantas kakak senior menjawab,“Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah.”

Kakak senior menyambung lagi,“Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya.”

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.

**************************
Sumber:wanhumaimee.com

semoga bermanfaat buat semua..

Ma'assalamah.
(^_^)

NT


"Saat ujian demi ujian menghampar bahteramu,
Kemudikanlah hati sebaiknya"

Wednesday, May 18, 2011

Responsibility...

Bismillah..

Dah lame tak mengupdate.. Sejak 2 menjak ni, guruh asek nak berdentum, je.. petir plak sambar menyambar.. INTERNET pulak, hidup segan mati tak mahu... huhu

Line wireless kat rumah ni kurang elok.. dekat UIA is way,way better than here, sometimes...heeeee..

~semangat internet y x berbelah bagi xD~

I've a lot of things to share.. but maybe next time.. Hujan lebat sangat sekarang ni, tak boleh update lame2.. I just wanna share sometin'...

Narrated 'Abdullah Bin 'Umar,:
Allah's Apostle said," Surely! Everyone of you is a guardian and responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is aguardian for his family and is responsible for his subjects; a woman is a guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it.
Surely,everyone of you is a guardian and responsible for his charges"
~Sahih Bukhari~


Sekarang baru faham erti hidup kan?
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya,
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita,

hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyam ketawa riang gumbira..

        Hidup itu untuk AKHIRAT.
        Living here for the hereafter!

Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kesesatan.
living with the end in mind....

~thanks HLOVATE~

Did you get what i'm trying to tell you?
Hopefully, ya!
InsyaAllah..

May Allahh Bless!

Thursday, May 12, 2011

Saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, paper terakhir dah berakhir...

Leganya! Lega sangat sebab subjek ISM2112 amat susah! Seriously, memang susah...

*hehe, saye x delah study sampai mcm ni..wink.wink(a_a)*

InsyaAllah saya dah buat yang terbaik. The rest, doa n tawakkal.. (~_^)

Barang-barang pon dah siap pack.. Wah, selamat tinggal semester 3!!!

Kalau Sem3 dah tamat, maknenya

 "Sayonara kak Faizah!!"

Sob,sob...*confirm2 lah korang tak tahu sape kak Faizah tu kan,*


Kak Faizah tu naqibah konferens riang saya.. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru bersua,.. tup tup dah Sayonara..

Kata orang;

"Perpisahan itu adalah permulaan sebuah perhubungan."


Semalam merupaka konferens riang kami yang terakhir sebelum semua pulang ke rumah. Dan, semalam juga hari terakhir konferens riang kami bersama Kak Faizah.

Kak Faizah akan meneruskan perjuangan yang dibawa ni ke main campus UIA Kuantan pula.

~saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama~

Masa kita sebagai da'ie di atas muka bumi ni dah semakin suntuk. Sangat suntuk.
Saya sering tanya diri saya ;
Apa yang saya dah buat untuk Islam? 
Cukupkah apa yang saya dah buat?
Masih sempatkah?

Semakin saya fikir, semakin saya gerun.
Diri saya sendiri, 
cukupkah amalan yang akan dibawa ketika bersua denganNYA nanti?

Ya Allah, bantulah hamba...


Pesanan Kak Faizah:

"Sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apapun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai,
sejauh manapun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN! jANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikan
dan
Kerana doa adalah senjata orang beriman.."

~Terima kasih akak~

Ok, got to go..
Welcome Home... hee,
ma'assalamah.. (~_~)

Monday, May 9, 2011

I need this!!



Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini untuk kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan
yang belum pasti untuk selama-lamanya..




Bukan mudah untuk memperoleh cinta itu.

Kerana harga yang perlu dibayar untuknya sangat mahal!!

Ya Allah, izinkan aku untuk mengejar dan mendapatkan cintaMU..

Kerana cintaMU itu terlalu cukup untuk seluruh kehidupanku,

Izinkanlah, Ya Allah..


Only Allah Knows...


"Kekuatan usah ditunggu, tetapi perlu dicari"



"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~Imam Ghazali~



Sunday, May 8, 2011

~Selamat Hari Ibu, Ummi!!~

Bismillahirrahmanirrahim,..


Ummi....
dia menjadi guru yang tak pernah digaji,
menjadi pembantu yang tak pernah dibayar,
menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai,
dan,
menjadi baby sitter yang paling setia.

Dian insan pertama yang mendidik diri tentangNYA,
tentang keEsaanNYA,
tentang rahmat dan kasihNYA.

Dialah sahabat yang paling memahami,
Dialah kekasih yang paling mencintai diri ini,
Dialah segala-galanya yang membantu aku menjadi seorang aku.

Dedicated to my beloved Ummi,
Rasinah Binti Abdul,
04 November 1965


Terima kasih, Ummi..

~I just wanna say that i love you till the degree of infinity~

Saturday, May 7, 2011

Camar Kelukaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni saya nak jadi composer lagu pulak.. *huhu, perasan nye*


Saya suka lagu Camar Kelukaan-Saff One


SUKA SANGAT!!!

Reasons:

i) Melodi yang indah. Memang menyentuh hati.. *cecece..(@_@)*blink.blink*


ii) Lirik yang cukup mendalam.



Di suatu ketika

Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

Indah kan?

Tahu tak camar tu ape?

 Kalau tak tau tu chek pon tak tau la nak tulung lagu mana lagi. Haih,!

  
camar

PLUS

kelukaan

=
CAMAR KELUKAAN.

Eh, ni ke maksud lagu tu?
*suka-suka kau je misseifa!!! Rosak lagu orang*

Hehe.. tak delah.. Melawak je. Dalam hidup ni tak bolehla nak serious je. Nanti tertekan pulak.
Bukan kite je yang tertekan, orang sebelah, kiri, kanan, depan, belakang pon tension tengok kita..
Kan? *ceh, ni confirm ade pengalaman nih...heee*

Bagi saya lagu ni lebih banyak bercerita tentang sebuah ukhwah. Sebuah ikatan, mungkin persahabatan.

~Indahnya Islam~


Kita tak boleh hidup hanya kita dan diri kita sahaja.
kita perlukan orang lain dalam hidup kita.
Kerana kita manusia ni tak pernah sempurna.

TAK,OK!!


Kita sering terlupa. Sering melakukan kesilapan.
Kalau kita hidup sendiri, mampukah kita  menyedari kesalahan yang kita lakukan??
Mampukah kita memperbaiki diri tanpa ada yang membantu??

Susah, bukan?

Kerana itulah Allah berfirman,:

"Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa."
(Al-Hujurat: 49:13)

Ha, tengok. Allah suruh kita saling berkenal-kenal, bertaaruf sesama kita, kerana kita semua ini adalah sama.
HambaNYA. 

.....(^_~)......

Last but not least,


~ukhwah fillah abadan abada~