Tuesday, December 20, 2011

Walimatul Urus (~_^)

Bismillahirrahmanirrahim..

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…”

Alhamdulillah, walimah di pihak perempuan dan lelaki dah selesai.. leganya saya..
Penat? Ya, amat sangat. Maklumlah jadi orang dapur. Tolong-tolong mana yang patut. Nanti masa walimah saya pulak, orang lain pulak yang akan bertungkus lumus macam saya.. * ceh, macam banyak je sumbangan saya*

Ok, forgive me..Lupa nak cerita. Walimah ni adalah walimah kakak saudara saya. Dia dan family dia sangat2 close to us.. sebab tu wedding dye ni, kami satu keluarga pon ikut sibuk macamlah yang kahwin tu kakak saya.. Tapi memang best.

She is 21 and her husband, 28. Kisah pertemuannya cukup manis. Biar saya coretkan ala-ala kisah novel ya.. (^^)

****************************************
Kisahnya bermula begini.

Si suami awalnya merupakan seorang tenaga pengajar baru di madrasah milik ayah si isteri. Akhlak dan budi pekerti yang baik, tambahan pula si suami juga seorang penghafaz Al-Quran,  memikat hati si ayah untuk ‘meminang’ si suami buat anaknya. Hasil musyawarah dan istikharah, si suami menerima risikan si ayah. Si ayah pula bertanya pada si anak. Si anak juga bersetuju, kerana dia yakin pilihan ayahnya adalah pilihan yang terbaik. Dan juga kerana peristiwa itu.

Ketika awal tahun 2011, si isteri dan seluruh ahli keluarganya dimurahkan rezeki oleh Allah untuk  menunaikan umrah. Tatkala dihadapan Kaabah, si ayah meminta anaknya yang sulung, si isteri untuk menunaikan solat istikharah,. Berkaitan jodohnya. Ya, si anak dapat bayangan itu. Tapi katanya, dia tidak mengenali lelaki itu. Malahan  tidak pernah langsung melihat wajahnya.

Dan Alhamdulillah, teka teki itu terjawab. Dia itu adalah si suami. Itu yang menyebabkan si anak bersetuju dengan pilihan si ayah. Seminggu berkenalan, rombongan meminang bertandang. Tarikhnya telah disepakati . 8 Muharram, bersamaan 4 Disember,2011. Tempoh pertunangan hanyalah tiga bulan. Ini kerana bimbang, jika tempoh pertunangan terlalu lama takut bisa mengundang fitnah.

Keluarga si suami cukup teruja dengan pernikahan ini. Ini kerana si isteri merupakan menantu pertama keluarga si suami yang bukan datang dari keturunan Syed dan Syarifah. Ya, pangkal nama si suami punya gelaran Syed. Tapi tidak si isteri. Ini yang menyebabkan ahli keluarga si suami cukup excited. Beberapa minggu sebelum majlis pernikahan, si suami minta kebenaran ayah dan umi si isteri untuk berjumpa dengan si isteri. Di rumah si isteri dan dihadapan umi dan ayah si isteri. Katanya, ingin melihat wajah tunangnya yang disebalik purdah itu. Bimbang di hari pernikahan nanti tak kenal pula yang mana isterinya. Berjenaka si suami.

Alhamdulillah, genap tiga bulan tempoh pertunangan, akad dilangsungkan. Dengan sekali lafaz, sah si isteri menjadi hak si suami. Keadaan waktu itu cukup sayu. Mugkin kerana si ayah akan melepaskan  tanggungjawabnya terhadap si anak dan menyerahkannya kepada si menantu.

Majlis pernikahan mereka dihadiri hampir 3000 orang tetamu. Ramai bukan,? sepertinya artis. Ya, kerana si ayah ini cukup dikenali dikalangan mereka-mereka yang dahagakan ilmu. Si ayah akan sentiasa menabur bakti sebagai seorang pendakwah,pengajar hatta guru bagi membantu mereka yang ingin dekat denganNYA..

Dan InsyaAllah, kita sama-sama doakan supaya mahligai yang dibina si suami juga si isteri ini akan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA.. Ikatan suci yang dibina hanya kerana Allah..

*****************************
Macam mana? Ada gaya novel tak?

Ini bukanlah kisah novel atau cerpen yang dikarang dari imaginasi manusia. Tapi ini adalah kenyataan. Kenyataan yang saya sendiri lihat. Dapat saya rasakan kebahagaiaan kedua mempelai itu.

Perkahwinan bagi saya adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ia bukanlah permainan. Begitu mudah umat hari ini mendirikan mahligai itu dan merobohkannya. Setiap kali saya terbaca, terlihat atau terdengar cerita tentang keretakan rumah tangga, saya berasa takut. Sedih kerana mereka seolah-olah mempermainkan institusi kekeluargaan ini. Ya, saya faham, dah di takdirkan Allah, nak buat macam mana? Kan?. Tapi jika pasak yang dibina itu kerana Allah, pasti Dia akan memeliharanya. Jika asasnya perkahwinan itu punya cinta dan kasih sayang keranaNYA, pasti Dia akan menjaganya. Pokok pangkalnya terpulang pada kita kerana pilihan itu di tangan kita. Sama ada kita ingin menimbang menggunakan neraca akhirat, atau menimbang dengan neraca dunia. Segala-galanya kita perlu kembali kepadaNYA. Allah Yang Maha Esa.

Oh, saya rasa dah macam ahli falsafah dah. Berbalik kepada cerita sepupu saya tadi, oleh sebab si suami ni ‘oghe klate’, jadi kami yang di Johor ni pun memulakanlah perjalanan ke Kelantan. Jauhnya Ya Allah.. hampir 12 jam barulah sampai di Rantau Panjang. 10 buah kereta berkonvoi ke Rantau Panjang. Dengan keadaan cuaca yang agak kurang baik, Alhamdulillah, kami sampai juga. Homestay di Rantau Panjang satu malam sebelum ke majlis di pihak lelaki pada keesokan harinya. Awalnya ramai yang mencadangkan untuk menyewa bas . Tapi kami fikirkan yang lebih baik kita naik kereta sendiri, mudah untuk ‘menyambung’ percutian di negeri pantai timur ni setelah tamat majlis. Rasional kami diterima.

Alhamdulillah, selesai majlis, keluarga saya dan pak cik saya meneruskan percutian kami di Kelantan dan Terengganu selama 2 hari lagi. Macam biasa, shopping di Pasar Khadijah, beli keropok lekor, losong, ikan kering,banyak lagilah.

But the most precious time is when we arrived at one of the beach at Terengganu. It is awesome. Pantai dekat Terengganu sangat masyuk. Ombak nye sangat kuat. Saya dah mula rindu pada tanah Terengganu. This is my 2nd time to Terengganu but this is the best vacation ever! Asalnya saje je duduk tepi pantai sambil makan sata, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor dan Negeri 9. Tapi makin lama makin seronok. Makin lama saya rasa makin indah pulak pantai tu.. tapi, tak boleh lama, sebab kami masih ade baki lebih kurang 10 jam sebelum sampai ke negeri masing—masing. Dan negeri Terengganu saya tinggalkan dengan hati yang sayu. Wah kuat betul penangan negeri Terengganu ni. (^_~)

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Negeri 9 jam 10 malam. Perjalanan 12 jam yang cukup mencabar kerana hujan yang terlalu lebat dan keadaan jalan yang tak berapa elok.

Saya rasa entry ni adalah entry terpanjang yang saya pernah tulis. 

But then, i thought of something.
Perkahwinan sepupu saya ni membuka mata dan minda saya bahawa kahwin di usia muda ni(refer to my cousin’s age ~_~) bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya. Maksud saya bukanlah kahwin ketika belajar ni akan membantutkan segala rancangan yang dah diatur tentang kerjaya di masa depan or what-so-ever. Tapi, insyaAllah, rancangan tu akan jadi lebih manis dengan kehadiran orang tersayang yang akan jadi tempat bersandar dan kekuatan untuk lebih berjaya. *oh, saya ini seperti sudah punya pengalaman*

And  guess what, saya tak pernah sangka yang rupa-rupanya umi dan abah saya sangat tidak menghalang kami adik beradik untuk mendirikan rumahtangga sewaktu belajar. Wah, saya cukup terkejut bila tahu yang umi dan abah tak membantah langsung kahwin di usia muda. Selama ni saya ingat diorang tak pernah buka hikayat pasal marriage ni sebab diorang tak nak kami kahwin awal. But then,  I’m totally wrong.  They will always be there if we want to have a marriage. Tapi syaratnya, abah dan ummi perlu jumpa dahulu, siapa pun mereka. Diorang tak kesah, as long as the ‘calon menantu’   have strong faith in Allah.

Thank you  Allah for giving me the best parents ever!!

N that’s it. THE END.
Ma'assalamah

6 comments:

mimi said...

best gile kau fah !! hahahaha ! cepat2 cari calon weyh. kau memang ade muke kawen awal. kekekeke. XD

Nur Maizatul Nasyiin said...

untunglah..apa la nasib diri ini plak..remuk da hati ni...

~Kasihilahi~ said...

mimi: haha.. kalau aku nak tunggu datang sendiri bleh tak??? heee..
muke ko pon same jgak..kahkah.. aku doakan ayah ko lmbut hati, insyaAllah..

syiin: InsyaAllah, ade hikmahnya tu.. syiin sabar+doa banyak2 ye..

Muhammad Marzuqi said...

salam...nice story~
jemput dtg trg lagi.

~Kasihilahi~ said...

InsyaAllah, i will..
lgipun, Trganu, tak jauh mane kan?.. (^_^)

Unknown said...

jgn lupa jemput. hahah