Wednesday, May 18, 2011

Responsibility...

Bismillah..

Dah lame tak mengupdate.. Sejak 2 menjak ni, guruh asek nak berdentum, je.. petir plak sambar menyambar.. INTERNET pulak, hidup segan mati tak mahu... huhu

Line wireless kat rumah ni kurang elok.. dekat UIA is way,way better than here, sometimes...heeeee..

~semangat internet y x berbelah bagi xD~

I've a lot of things to share.. but maybe next time.. Hujan lebat sangat sekarang ni, tak boleh update lame2.. I just wanna share sometin'...

Narrated 'Abdullah Bin 'Umar,:
Allah's Apostle said," Surely! Everyone of you is a guardian and responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is aguardian for his family and is responsible for his subjects; a woman is a guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it.
Surely,everyone of you is a guardian and responsible for his charges"
~Sahih Bukhari~


Sekarang baru faham erti hidup kan?
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya,
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita,

hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyam ketawa riang gumbira..

        Hidup itu untuk AKHIRAT.
        Living here for the hereafter!

Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kesesatan.
living with the end in mind....

~thanks HLOVATE~

Did you get what i'm trying to tell you?
Hopefully, ya!
InsyaAllah..

May Allahh Bless!

Thursday, May 12, 2011

Saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, paper terakhir dah berakhir...

Leganya! Lega sangat sebab subjek ISM2112 amat susah! Seriously, memang susah...

*hehe, saye x delah study sampai mcm ni..wink.wink(a_a)*

InsyaAllah saya dah buat yang terbaik. The rest, doa n tawakkal.. (~_^)

Barang-barang pon dah siap pack.. Wah, selamat tinggal semester 3!!!

Kalau Sem3 dah tamat, maknenya

 "Sayonara kak Faizah!!"

Sob,sob...*confirm2 lah korang tak tahu sape kak Faizah tu kan,*


Kak Faizah tu naqibah konferens riang saya.. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru bersua,.. tup tup dah Sayonara..

Kata orang;

"Perpisahan itu adalah permulaan sebuah perhubungan."


Semalam merupaka konferens riang kami yang terakhir sebelum semua pulang ke rumah. Dan, semalam juga hari terakhir konferens riang kami bersama Kak Faizah.

Kak Faizah akan meneruskan perjuangan yang dibawa ni ke main campus UIA Kuantan pula.

~saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama~

Masa kita sebagai da'ie di atas muka bumi ni dah semakin suntuk. Sangat suntuk.
Saya sering tanya diri saya ;
Apa yang saya dah buat untuk Islam? 
Cukupkah apa yang saya dah buat?
Masih sempatkah?

Semakin saya fikir, semakin saya gerun.
Diri saya sendiri, 
cukupkah amalan yang akan dibawa ketika bersua denganNYA nanti?

Ya Allah, bantulah hamba...


Pesanan Kak Faizah:

"Sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apapun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai,
sejauh manapun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN! jANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikan
dan
Kerana doa adalah senjata orang beriman.."

~Terima kasih akak~

Ok, got to go..
Welcome Home... hee,
ma'assalamah.. (~_~)

Monday, May 9, 2011

I need this!!



Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini untuk kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan
yang belum pasti untuk selama-lamanya..




Bukan mudah untuk memperoleh cinta itu.

Kerana harga yang perlu dibayar untuknya sangat mahal!!

Ya Allah, izinkan aku untuk mengejar dan mendapatkan cintaMU..

Kerana cintaMU itu terlalu cukup untuk seluruh kehidupanku,

Izinkanlah, Ya Allah..


Only Allah Knows...


"Kekuatan usah ditunggu, tetapi perlu dicari"



"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~Imam Ghazali~



Sunday, May 8, 2011

~Selamat Hari Ibu, Ummi!!~

Bismillahirrahmanirrahim,..


Ummi....
dia menjadi guru yang tak pernah digaji,
menjadi pembantu yang tak pernah dibayar,
menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai,
dan,
menjadi baby sitter yang paling setia.

Dian insan pertama yang mendidik diri tentangNYA,
tentang keEsaanNYA,
tentang rahmat dan kasihNYA.

Dialah sahabat yang paling memahami,
Dialah kekasih yang paling mencintai diri ini,
Dialah segala-galanya yang membantu aku menjadi seorang aku.

Dedicated to my beloved Ummi,
Rasinah Binti Abdul,
04 November 1965


Terima kasih, Ummi..

~I just wanna say that i love you till the degree of infinity~

Saturday, May 7, 2011

Camar Kelukaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni saya nak jadi composer lagu pulak.. *huhu, perasan nye*


Saya suka lagu Camar Kelukaan-Saff One


SUKA SANGAT!!!

Reasons:

i) Melodi yang indah. Memang menyentuh hati.. *cecece..(@_@)*blink.blink*


ii) Lirik yang cukup mendalam.



Di suatu ketika

Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

Indah kan?

Tahu tak camar tu ape?

 Kalau tak tau tu chek pon tak tau la nak tulung lagu mana lagi. Haih,!

  
camar

PLUS

kelukaan

=
CAMAR KELUKAAN.

Eh, ni ke maksud lagu tu?
*suka-suka kau je misseifa!!! Rosak lagu orang*

Hehe.. tak delah.. Melawak je. Dalam hidup ni tak bolehla nak serious je. Nanti tertekan pulak.
Bukan kite je yang tertekan, orang sebelah, kiri, kanan, depan, belakang pon tension tengok kita..
Kan? *ceh, ni confirm ade pengalaman nih...heee*

Bagi saya lagu ni lebih banyak bercerita tentang sebuah ukhwah. Sebuah ikatan, mungkin persahabatan.

~Indahnya Islam~


Kita tak boleh hidup hanya kita dan diri kita sahaja.
kita perlukan orang lain dalam hidup kita.
Kerana kita manusia ni tak pernah sempurna.

TAK,OK!!


Kita sering terlupa. Sering melakukan kesilapan.
Kalau kita hidup sendiri, mampukah kita  menyedari kesalahan yang kita lakukan??
Mampukah kita memperbaiki diri tanpa ada yang membantu??

Susah, bukan?

Kerana itulah Allah berfirman,:

"Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa."
(Al-Hujurat: 49:13)

Ha, tengok. Allah suruh kita saling berkenal-kenal, bertaaruf sesama kita, kerana kita semua ini adalah sama.
HambaNYA. 

.....(^_~)......

Last but not least,


~ukhwah fillah abadan abada~

Friday, May 6, 2011

Konferens Riang yang Menggembirakan..(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah, saya semakin rajin mengupdate nampaknya! Saya rasa gembira ni...(^_~)

Sebenarnya tadi saya baru je berkonferens riang bersama ahli-ahli konferens saya.
Pernah dengar istilah konferens riang tak??*ha, tu dah garu-garu kepala tu, tak tau lah tu kan,kan..heee*





Istilah konferens riang ni saya dapat bila saya blogwalking dekat satu blog ni.
Angel wears Gucci. Pernah dengar tak nama blog ni?
 *mesti tak pernah ni kan,. dah jangan nak tanya orang sebelah pulak. Dorang pon tak tahu tu..=)*


Penulisnya menggunakan istilah konferens riang ataupun bulatan gembira bagi menggantikan istilah usrah. Sweet kan?

Saya sangat tertunggu-tunggu konferens riang sebab saya rasa lebih bersemangat lepas habis konferens riang. Macam battery lah, bila berkonferens riang je, saya rasa macam dicharge semula. Seronok kan?.. (^_~)

Nak menjadi da'ie ni menuntut pengorbanan yang besar. Bukan saje-saje je tapi kita kena ingat, Allah kan dah pesan dalam Surah Ad-Dzariyat, (51:56),

 "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaKu"

Tugas kita adalah menjadi hamba kepadaNYA yang Maha Satu.

Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah (2:30)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah......"

Siapakah khalifah itu???

*Errkk, garangnya..*

KITA, SAYA, KAMU, ANDA!! *Jangan nak toleh2 belakang pulak,!*



Ya, kitalah khalifah yang dimaksudkan. Kitalah da'ie itu. Setiap daripada ketika mempunyai tanggungjawab yang sangat besar pada agama ini. Janganlah memandang sepi sahaja tugas kita sebagai khalifah.
Jalankanlah tanggungjawab kita sebaiknya.

Berusahalah. Dan sahabiyyah saya dalam konferens riang sering menaikkan semangat saya seringkali saya berduka. Setiap kali saya merasakan seolah-olah saya tidak mampu. Terima kasih, sahabat!

Alhamdulillah, Allah memilih diri saya yang kerdil ini untuk bersama ahli-ahli konferens riang. Bagaimanakah agaknya saya sekiranya saya bersendiri, tanpa sahabat-sahabat konferens riang saya? Adakah saya sudah berputus asa atau masih menggagahkan diri di jalan mujahadah ini??

Allah Knows.

Thank You Allah, for Your great Nikmah..

"Ya Allah tetapkanlah hatiku di jalan ini.."

Selamat berkonferens riang!!! (a_a)

Thursday, May 5, 2011

Cuba Baca!



"Hidup memerlukan pengorbanan. 

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

 Keyakinan pula menentukan kejayaan.

 Kejayaan pula akan menentukan 

KEBAHAGIAAN."

KLIBF'11 yang dah agak basi~Hee

Bismillahirahmanirrahim...

Hehe.. (~_^) Senyum itu penting, ye..

Olla! Alhamdulillah, dapat jugak saya menatap monitor buat sekian kalinya..huhu
Actually saya terlupa yang saya pernah beritahu yang saya nak cerita tentang pengalaman saya pergi book fair, kan..kan,kan,kan..??? *Kalau lupe sila hantukkan kepala beberapa kali..hee*


Al-kisah,......

Pada 24 April yang lepas, saya dan Along saya serta beberapa orang rakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PWTC bersempana Kuala Lumpur International Books Fair bagi tahun 2011.
*wah, sangat skema ayat saya nih,.. rasa macam dah kembali ke zaman kegemilangan di sekolah rendah di mana karangan BM saya selalu mendapat pujian guru,..uhukuhuk* ~muntah hijau sekarang ye!~


Sebenarnya, saya ada satu rahsia. Tapi kalau saya bagitahu dah tak jadi rahsia la kan,..
Tapi saya nak bagitahu jugak.

I LOVE BOOKS!!!!!!
AMAT SANGAT...

Ok, tu je rahsianya.. hehe

Sambung balik cerita saya ye.. Bila dah sampai je dkt PWTC tu, saya terus pergi cari buku yang memang dah lama saya cari.. Saya tunggu2 sangat buku daripada penulis yang sorang ni..

HLOVATE..
Confirm semua kenal. ok, mungkin adelah jugak orang yang tak kenal.. Tapi demi menjaga hati saya*blueeek, geli betol* buat2 kenal je lah ye.. (~_^)

Saya tertunggu2 karya terbaru HLOVATE.. Dan Alhamdulillah, akhirnya saya dapat jugak, naskhah terbaru beliau.

Contengan Jalanan


Saya tak habis baca lagi, tapi mostly penulis menekankan tentang ketuhanan.. Saya memang suka buku2 yang  bergenre ketuhanan ni.. Seriously, saya (hati saya) sangat mudah diketuk melalui penulisan..
~aik,jiwang..parah ni~

Banyak yang saya dapat daripada membaca. Saya mudah berubah melalui pembacaan..Tetapi, segala-galanya terletak pada Allah jua.. Thank You Allah..
Setiap orang ade cara bagaimana nak berubah ke arah yang lebih baik, kan? =)

Dan, saya jugak beli buku ni,

Sinergi-Hilal Asyraf


Yang ni pun, alhamdulillah, mantap, Superb!!Jalan ceritanya agak complicated, tapi saya suka. Cuma, watak si Irfan dan Asid tu terlalu perfect. Saya rasa tak de orang yang perfect sampai macam tu sekali, huhu ~kalau ada macam mana?~Buat-buat tak tahu je lah ea...

Kisah persahabatan yang sangat manis. Bila saya baca buku ni, saya sering tertanya2 adakah saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai sahabat dengan sebaiknya?.. 

"Ya Allah bantulah aku, kerana jalan mujahadah ini tidak mudah, Ya Allah.."

Banyak lagilah buku yang saya dan Along beli masa kami berada di PWTC tu.. 

Ha, cerita yang bestnya berlaku selepas habis shopping buku..
Oleh sebab orang memang sungguh-amat-sangat- ramainye dekat PWTC tu, maka kami pon decide nak lunch (yang masa tu dah dekat pukul 4 petang dah, tau) dekat The Mall, depan PWTC tu.
Kentucky Fried Chicken menjadi pilihan hati memandangkan semua tempat makan dah penuh. tapi ayam goreng kentaki tu penuh jugak. 

Dan masa kami nak berratur panjang nak order makanan, sambil mata melilau cari tempat duduk yang kosong, saya terpandang satu adegan yang menggerunkan.. Dan menyedihkan..huhuuhu

sedih

Cuba teka apa yang saya nampak??

Ada sekumpulan lelaki dewasa yang macam dah nak bertengkar dengan beberapa orang perempuan sebab berebutkan seat. Ya Allh, sabar je lah.. Sebenarnya saya dah perasan dah yang budak2 perempuan tu dah tunggu dekat satu meja ni, kira macam nak cop meja tu lah kan. Bila orang yang duduk kat meja tu dah habis makan, and dorang dah gerak meninggalkan meja tuh, suddenly ade group lelaki ni, yang boleh dikategorikan sebagai bapa pada saya sendiri, (maknanya dah berumur lah ye) terus melulu pergi ke meja yang dah kosong tadi, and terus cakap

"we've booked this table." Pergh, geramnya saya. Terang-terang saudari2 tu yang dapat tempat tu dulu.
Dah lah selamba tanpa rasa kasihan yang saudari2 tu dah tunggu lame kat meja tu, ale-ale die nak ngaku dye dapat meja tu dulu. Adoyai, tolerate lah sikit. At least pon say sorry. 

Semua orang, *x de lah semua pon.* pandang dorang. Si Group pak cik ni tadi terus panggil geng2 die yang lebih kurang 10 orang tu, duduk kat meja tu. Tergamam saudari2 tadi. Dorang pon dengan tabahnya keluar terus dari KFC tu. Geram barangkali. 

Haish, berbudi bahasa lah sikit. 
Manners are important, ok!
huh!

Kalau saya jadi saudari2 tu pon, saya pergi je kot. Dah lah dorang tu ramai, besar2 plak tu. And i think they are not Malay. Bukan nya saya ni pentingkan bangsa or whatso ever, but, mungkin kalau orang Melayu bolehlah tolak ansur sket,..hehe

Hmm, tu lah ceritanya.

So, moral of the story:

1) Sabar itu separuh daripada iman, misseifa.Belajarlah bersabar dalam apa jua keadaan. Sekarang ni, baru sikit. Semakin dewasa nanti, semakin banyak dugaan yang akan ditempuh and semakin banyak kesabaran yang perlu dipupuk..=)

2) Membaca amalan mulia. Dalam Al-Quran pon dah tegaskan untuk suruh kita membaca.
Bukan bace saje suka-suka mengisis masa lapang je, but kita kenalah ambil pengajaran dan terapkan nilai2 murni yang kita boleh peroleh sepanjang tempoh pembacaan tu..=)

3) Cintailah ilmu. Saya cintakan ilmu, dan juga mencintai insan yang mencintai ilmu. selamat berchenta!


Oh, lupa pulak. Saya suruh roomates saya Akma belikan buku ni jugak:

Relevankah Aku di Hatimu

~best2!!!~