Thursday, May 12, 2011

Saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, paper terakhir dah berakhir...

Leganya! Lega sangat sebab subjek ISM2112 amat susah! Seriously, memang susah...

*hehe, saye x delah study sampai mcm ni..wink.wink(a_a)*

InsyaAllah saya dah buat yang terbaik. The rest, doa n tawakkal.. (~_^)

Barang-barang pon dah siap pack.. Wah, selamat tinggal semester 3!!!

Kalau Sem3 dah tamat, maknenya

 "Sayonara kak Faizah!!"

Sob,sob...*confirm2 lah korang tak tahu sape kak Faizah tu kan,*


Kak Faizah tu naqibah konferens riang saya.. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru bersua,.. tup tup dah Sayonara..

Kata orang;

"Perpisahan itu adalah permulaan sebuah perhubungan."


Semalam merupaka konferens riang kami yang terakhir sebelum semua pulang ke rumah. Dan, semalam juga hari terakhir konferens riang kami bersama Kak Faizah.

Kak Faizah akan meneruskan perjuangan yang dibawa ni ke main campus UIA Kuantan pula.

~saya akan sentiasa rindukan saat kita bersama~

Masa kita sebagai da'ie di atas muka bumi ni dah semakin suntuk. Sangat suntuk.
Saya sering tanya diri saya ;
Apa yang saya dah buat untuk Islam? 
Cukupkah apa yang saya dah buat?
Masih sempatkah?

Semakin saya fikir, semakin saya gerun.
Diri saya sendiri, 
cukupkah amalan yang akan dibawa ketika bersua denganNYA nanti?

Ya Allah, bantulah hamba...


Pesanan Kak Faizah:

"Sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apapun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai,
sejauh manapun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN! jANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikan
dan
Kerana doa adalah senjata orang beriman.."

~Terima kasih akak~

Ok, got to go..
Welcome Home... hee,
ma'assalamah.. (~_~)

No comments: