Thursday, May 5, 2011

KLIBF'11 yang dah agak basi~Hee

Bismillahirahmanirrahim...

Hehe.. (~_^) Senyum itu penting, ye..

Olla! Alhamdulillah, dapat jugak saya menatap monitor buat sekian kalinya..huhu
Actually saya terlupa yang saya pernah beritahu yang saya nak cerita tentang pengalaman saya pergi book fair, kan..kan,kan,kan..??? *Kalau lupe sila hantukkan kepala beberapa kali..hee*


Al-kisah,......

Pada 24 April yang lepas, saya dan Along saya serta beberapa orang rakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PWTC bersempana Kuala Lumpur International Books Fair bagi tahun 2011.
*wah, sangat skema ayat saya nih,.. rasa macam dah kembali ke zaman kegemilangan di sekolah rendah di mana karangan BM saya selalu mendapat pujian guru,..uhukuhuk* ~muntah hijau sekarang ye!~


Sebenarnya, saya ada satu rahsia. Tapi kalau saya bagitahu dah tak jadi rahsia la kan,..
Tapi saya nak bagitahu jugak.

I LOVE BOOKS!!!!!!
AMAT SANGAT...

Ok, tu je rahsianya.. hehe

Sambung balik cerita saya ye.. Bila dah sampai je dkt PWTC tu, saya terus pergi cari buku yang memang dah lama saya cari.. Saya tunggu2 sangat buku daripada penulis yang sorang ni..

HLOVATE..
Confirm semua kenal. ok, mungkin adelah jugak orang yang tak kenal.. Tapi demi menjaga hati saya*blueeek, geli betol* buat2 kenal je lah ye.. (~_^)

Saya tertunggu2 karya terbaru HLOVATE.. Dan Alhamdulillah, akhirnya saya dapat jugak, naskhah terbaru beliau.

Contengan Jalanan


Saya tak habis baca lagi, tapi mostly penulis menekankan tentang ketuhanan.. Saya memang suka buku2 yang  bergenre ketuhanan ni.. Seriously, saya (hati saya) sangat mudah diketuk melalui penulisan..
~aik,jiwang..parah ni~

Banyak yang saya dapat daripada membaca. Saya mudah berubah melalui pembacaan..Tetapi, segala-galanya terletak pada Allah jua.. Thank You Allah..
Setiap orang ade cara bagaimana nak berubah ke arah yang lebih baik, kan? =)

Dan, saya jugak beli buku ni,

Sinergi-Hilal Asyraf


Yang ni pun, alhamdulillah, mantap, Superb!!Jalan ceritanya agak complicated, tapi saya suka. Cuma, watak si Irfan dan Asid tu terlalu perfect. Saya rasa tak de orang yang perfect sampai macam tu sekali, huhu ~kalau ada macam mana?~Buat-buat tak tahu je lah ea...

Kisah persahabatan yang sangat manis. Bila saya baca buku ni, saya sering tertanya2 adakah saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai sahabat dengan sebaiknya?.. 

"Ya Allah bantulah aku, kerana jalan mujahadah ini tidak mudah, Ya Allah.."

Banyak lagilah buku yang saya dan Along beli masa kami berada di PWTC tu.. 

Ha, cerita yang bestnya berlaku selepas habis shopping buku..
Oleh sebab orang memang sungguh-amat-sangat- ramainye dekat PWTC tu, maka kami pon decide nak lunch (yang masa tu dah dekat pukul 4 petang dah, tau) dekat The Mall, depan PWTC tu.
Kentucky Fried Chicken menjadi pilihan hati memandangkan semua tempat makan dah penuh. tapi ayam goreng kentaki tu penuh jugak. 

Dan masa kami nak berratur panjang nak order makanan, sambil mata melilau cari tempat duduk yang kosong, saya terpandang satu adegan yang menggerunkan.. Dan menyedihkan..huhuuhu

sedih

Cuba teka apa yang saya nampak??

Ada sekumpulan lelaki dewasa yang macam dah nak bertengkar dengan beberapa orang perempuan sebab berebutkan seat. Ya Allh, sabar je lah.. Sebenarnya saya dah perasan dah yang budak2 perempuan tu dah tunggu dekat satu meja ni, kira macam nak cop meja tu lah kan. Bila orang yang duduk kat meja tu dah habis makan, and dorang dah gerak meninggalkan meja tuh, suddenly ade group lelaki ni, yang boleh dikategorikan sebagai bapa pada saya sendiri, (maknanya dah berumur lah ye) terus melulu pergi ke meja yang dah kosong tadi, and terus cakap

"we've booked this table." Pergh, geramnya saya. Terang-terang saudari2 tu yang dapat tempat tu dulu.
Dah lah selamba tanpa rasa kasihan yang saudari2 tu dah tunggu lame kat meja tu, ale-ale die nak ngaku dye dapat meja tu dulu. Adoyai, tolerate lah sikit. At least pon say sorry. 

Semua orang, *x de lah semua pon.* pandang dorang. Si Group pak cik ni tadi terus panggil geng2 die yang lebih kurang 10 orang tu, duduk kat meja tu. Tergamam saudari2 tadi. Dorang pon dengan tabahnya keluar terus dari KFC tu. Geram barangkali. 

Haish, berbudi bahasa lah sikit. 
Manners are important, ok!
huh!

Kalau saya jadi saudari2 tu pon, saya pergi je kot. Dah lah dorang tu ramai, besar2 plak tu. And i think they are not Malay. Bukan nya saya ni pentingkan bangsa or whatso ever, but, mungkin kalau orang Melayu bolehlah tolak ansur sket,..hehe

Hmm, tu lah ceritanya.

So, moral of the story:

1) Sabar itu separuh daripada iman, misseifa.Belajarlah bersabar dalam apa jua keadaan. Sekarang ni, baru sikit. Semakin dewasa nanti, semakin banyak dugaan yang akan ditempuh and semakin banyak kesabaran yang perlu dipupuk..=)

2) Membaca amalan mulia. Dalam Al-Quran pon dah tegaskan untuk suruh kita membaca.
Bukan bace saje suka-suka mengisis masa lapang je, but kita kenalah ambil pengajaran dan terapkan nilai2 murni yang kita boleh peroleh sepanjang tempoh pembacaan tu..=)

3) Cintailah ilmu. Saya cintakan ilmu, dan juga mencintai insan yang mencintai ilmu. selamat berchenta!


Oh, lupa pulak. Saya suruh roomates saya Akma belikan buku ni jugak:

Relevankah Aku di Hatimu

~best2!!!~

No comments: