Thursday, January 27, 2011

hampir direject!

huh!

sangat gelabah sekarang nih...
assigment RIM group saya yang consist of saya n Saadah hampir direject oleh madam.
sangat cuak...

Reasons?
tak cukup comparisons.
actually, bukan kami je, majority kene betulkan balik.. First time kan, buat assigment yang kene research sendiri bagai.. huhu, ni baru kat cfs nih..
belum PhD lagi nih.. ganbatte, nurul!

tajuk kitorang, "The Purpose of Marriage Between Islam and Buddhism"
memang quite tough gak, tajuk nih.. kene berlari2 di library cari buku yang ade 'kene mengena', malangnya, tak dop!

haish, kene usaha lebih ni.. kate nak A solid,!!..

sedih gak senanye, sebab dah 3 kali kitorang tukar tajuk assigment.
dalam kalut2 smac tu, kene bagi mase buat assigment, tup2 hampir kene reject...

adeih, inilah reality kehidupan seorang student..
alah, dalam hidup ni biasalah kalau kene reject2 nih.. tak semua perkara perfect. mungkin kita rasa macam dah superb habis. tapi bagi yang ade ilmu n pengalaman lebih, mesti dorang tahu kat mane yang perlu kita perbaiki...^_^

ok, kene bersengkang matalah jawabnya hari2 mendatang..
Quiz, tutor,assignment, and FINAL exam!!!

Fight to archieve mardhatillah..

Tuesday, January 25, 2011

~Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim...

praise be to Allah for His great nikmah,...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
~terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan aku peluang untuk bernafas lagi di atas muka bumi ini.. Kau berikan aku peluang untuk merasai nikmat sebuah kehidupan yang kadangkala pahit, manis, getir.. terima kasih Ya Allah...~

Hari ini, genaplah 19 tahun saya berada di atas muka bumi tuhan ini. pelbagai perasaan yang saya rasakan, bercampur baur. ade sedih, gembira, gusar.. segala2nya..

semakin meningkat usia, semakin saya bertanya pada diri saya.
sejauh manakah langkah saya?
seluas manakah pengalaman saya?
sedalam manakah ilmu saya?
sekuat manakah hati nurani saya?
setabah manakah saya?
sekuat apakah saya?

sebanyak manakah kasih sayang yang telah saya beri kepada ibubapa saya?
sebanyak manakah bahagia yang telah saya sajikan buat mereka?

setaat manakah saya pada Pencipta saya?
sebanyak manakah sumbangan saya pada ummah?
sejauh manakah jihad saya?

siapakah saya ketika ini???

Hari ini saya telah berjanji pada diri saya, perbaiki mana yang perlu untuk diperbaiki. upgrade diri, iman, taqwa.

Kita cuma pinjaman, bila2 masa Allah akan ambil semula apa yang telah DIA pinjamkan. dan saya tak nak apabila saya pulang kepadaNYA, saya dalam keadaan yang jijik dan kotor. oleh itu, sahabat, bantulah saya untuk menjadi saya yang baru..

saya tidak sekuat dan setabah mereka2 srikandi Islam.. saya perlukan sokongan, agar saya tidak terpesong ke lorong yang salah.. na'uzubillah..

Kini, saya juga sedar sebuah harapan itu tak semestinya perlu dipenuhi. kerana keindahannya masih samar dan tak kita ketahui.

Nurul~
~kembalilah kepada Dia.
Bersama-samalah denganNYA..
adukanlah apa yang kau rasa padaNYa,
hanya kerana Dialah yang Maha Mengetahui,
Sedarlah, sejauh manapun kau pergi,
Dia akan sentiasa berada di sisimu..~

*saya ingin memulakan episod baru dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan sekali-kali memadam episod lalu kerana pada saya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. setiap perkara yang berlaku ade indahnya, setiap perkara yang berlaku ade baik buruknya. jadi, pengalaman yang lalu akan saya cuba jadikan bekalan untuk menempuh ranjau dan duri yang sedia menanti saya...*

**************************************************
terima kasih kepada umi n abah kerana telah menjadi the best parents ever!!!!

terima kasih kepada sahabat2 yang wish saya, doakanlah agar saya menjadi mujahidah yang lebih kuat..

thanks to mimi, anis, and aimi for the cake..

thanks to kak mai n ain for the present.

terima kasih semua, ~jasamu dikenang~


present from kak mai
card from ain

cake from mimi,anis and aimi

~Sesungguhnya dalam kesulitan itu ade kemudahan,
dalam keresahan itu ade kebahagiaan,
dalam kepayahan itu ade kesenangan~

~saya akan sentiasa menyokong perjuangan anda walau tanpa anda ketahui~

Sunday, January 23, 2011

-no title-

1 day left
*******************************

rase macam ade perkara yang tak kena. tapi saya tak tahu ape...

~"kalau sedih, pandanglah langit, ingatlah, Innallahama'ana.
kalau resah, renunglah dasar hati,
yakinlah Allah sebagai pencipta.
kalau putus asa, koreksi diri, tawakkal jalannya.
kalau kecewa didiklah hati, untuk redha setiap ketentuanNYA,
kalau tersisih, lihatlah purnama di malam sepi,
yakinlah Allah x kan biarkan kita sendiri.
kalau segalanya tak pasti, serahkan pada Yang Mengetahui..."~

Friday, January 21, 2011

Bismillah

bismillah..

4 days left.
********************************************************
kenapa saya sering terfikirkan tentang perkara itu?

sedangkan saya dah berjanji untuk serahkan segala2nya pada Allah..

janji pada siapa?

DIRI!
ye, diri saya sendiri..

hmm, bersabarlah..
bukan mudah untuk membuat keputusan..
bukan mudah untuk memilih.
bukan mudah untuk menerima sebuah kenyataan.

tapi, boleh x?

ha,
this is what we called life, nurul!

life is only a test.
2 main points of life:
  • mengabdikan diri padaNYA
  • menjadi da'ie/khalifah
*belajar time ISK*(~_^)

berlapang dadalah, nurul..

"seperti inilah dakwah. dakwah itu ibarat cinta. cinta meminta segalanya dari dirimu. dan bila kau sedar sedalam mana cintamu pada dakwah, maka kau akan tahu, sejauh mana langkahmu..."

*ceh, poyonye ayat saye tu..*

ok, serious..

saya MAHU belajar untuk berlapang dada. menerima segala yang berlaku disekeliling saya dengan REDHA.
ya, REDHA...

mudah untuk mengungkapkannya, tapi sejauh mana kita memahami dan menghayatinya..?
tepuk dada, tanyalah iman
*peringatan untuk saya ^_^*

indahnya sebuah ukhwah itu andai dibajai dengan iman dan ketaqwaan.
Hanya dengan iman dan taqwa, dapat membezakan sesuatu yang hak dan batil..

Pabila Allah menduga kita, ingatlah, sesungguhnya Dia mengingati kita. maka senyumlah.. kerana dengan ujian yang Dia timpakan, kita akan lebih dekat denganNya.

apakah dugaan dan kesukaran itu tidak bermanfaat?

manusia sering kali mengeluh ketika menghadapi kesukaran ataupun dugaan* termasuklah saya*.
sebenarnya, apabila didatangi situasi seperti ini, that's mean, we've got a problem on our perspective..

the truth is, dugaan yang datang pada kita, tanpa kita sedari sebenarnya adalah satu manfaat. Manfaat??
ya, manfaat. setiap dugaan yang datang dalam hidup kita mempunyai fungsi yang sangat mendalam pengaruhnya terhadap perkembangan hidup kita.

jadi, kenalah selalu think positive, and apply kan the concept of redha, in our life...
boleh hidup tak agak2 kalau Allah tak datangkan ujian?
saya tak dapat nak bayangkan orang yang hidupnya tak de ujian..huhu
its gonna be boring, and orang tu mesti hanya akan berada pada satu tahap je, coz dia tak de sebab pon untuk berubah,.
n sebab untuk dye tak berubah iyelah, hidup dye x da ujian. nothingless..
so, sebab tu Allah create ujian buat hambaNYA..

Maha Bijaksana dan Pengasihnya Allah..

sesungguhnya, banyak dari dugaan dan kesukaran yang berfungsi sebagai ubat yang akan membantu kita dalam menjalani kehidupan.

satu2nya persoalan yang kita miliki dengan kesukaran itu adalah rasa sakit yang ditimbulkannya. dan ubat bagi rasa sakit itu adalah SABAR. =)

sekian, tamatlah post motivasi saya.. saya dulu time kecik2 nak jadi pakar motivasi tau. tapi dulu2 je lah..

*********************************************************

maassalamah..

Tuesday, January 18, 2011

table tennis game

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, sempat jugak update blog nih.. tadi baru je habis table tennis.. jadi commetee yg incharge game ni untuk smac.. after this, basketball untuk brothers plak.. sebab x ckup cometee..
penat?
of course la... tapi puas.. alhamdulillah.. at least i learn something.. kan,kan,kan... soryla, tak dapat nak upload pic.. sibuk sgt jage registration, tak sempat nak amek gmbar..
 ok lah,.. insyaAllah saye akan update smac ni, day by day..
k, maassalamah

Friday, January 7, 2011

mahabbah day 2 Penjara Kajang

Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ni, saya tak sabar2 nak cerita tentang lawatan ke Penjara Kajang yang saya join pagi tadi...
sepatutnya program yang dianjurkan oleh pihak Perkim Uia pj ni diadakan pada hari sabtu, 8 Jan 11'.. tetapi atas beberapa sebab, terpaksa diawalkan sehari..

ok, tak nak intro pnjg2.. sya nak terus ke main point post saya kali ni..=)

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Penjara Kajang lebih kurang 8a.m lbih nak ke 9 gak rasenye... huhu, (x smpat tgk jam, excitd sgt (>,<))
Kawasan tu tak seperti yang saya bayangkan,.. rupe2nya tmpat tu, realitinya lbih cantik drpd yang saya bygkan selama ni..
ok, bila ktorang dah smpai, best fren saya si mimi dah x sbr2 nak amek gmbar, sampai kne usik dngan pgawai pnjara tu.. "wah, seronok sgt ke dpt pgi pnjara? smpai x sbr2 nak amek gmbr.." huhu.. mimi, sape x kenal, memng suka bergmbar.. (sorry mimi,..)

ok, then, ktorng dgr taklimatt skit drpd pegawai tu, ( x smpat nak tgk nama dye..=p)
lepas tu, berjalanlah ktorang menuju ke CAFETERIA..  ape2 pon, makan dulu..

tak silap saya peserta ade dlm 30 org, + commetee skali.. so, kat tmpat makan tu, yang kat dalam bilik mkan tu, hanya beberapa org je yg muat..the rest kene mkn kat luar..  saya n mimi rasa serba salah nak makan dalam bilik tu sbab ktorg ni kan, pserta je,.. better commette yg dok dlm tu.. =(
tpi since semua orrg mcm nak lari kluar je drpd  bilik tu( sgan kot,),
 n saya mndapat jelingan drpd seseorg nih, supaya dok je kat dlm bilik tu, maka kami pon ddk je la dalam bilik tuh.. ala bkan ape pon makan je kot, bkan soh tgk org kne gntung pon, kan,kan,kan.. huhu.. * ok, done! knp cerita psal ni plak nih!!*

ok, proceed..
then Tuan A.B Nasif tu critala serba skit tntg pnjara+background life die.. saya agk excted bile dye cerita dye drpada sabah.. (oh, negeri di bawah bayu ku..) cume tmpat kami lain2.. dye Sabah dkt Papar tapi saya dulu  dkt Kota Kinabatangan.. (before balik tadi smpat bork dgn pegawai tu, mcmla ktorg sekampong..haha) *whatever*

  ok, after makan semua, ktorg bergerak ke penjara.. ke  bhgian rawatan dan pemilihan dadah.. tapi sayangnya, camera. phone sume tak leh bwk masok.. aduih, baru je nak amek gmbar bnyk2..
tapi x pelah, etika kan,..

so, b4 ktorng masuk, ktorg diperiksa dgn ketatnya oleh pgawai2 pnjara, ntuk prevent ktorg drpada bwk masuk unwanted things ke dalam tuh..

then, ktorang pon, melangkah masuk ke PENJARA (sbgai plawat shaja..)
agak seram sbnarnya.. sbab saya btol2 menjejakkan kaki ke pnjara.. *tak sgka yg impian saya ntuk melawat penjara alhamdulillah termakbul jgak..

lepas  tu, ktorg dibawa mnuju ke bilik mesyuarat.. along the way to the meeting room, i saw the prisoners.. i saw them with my own eyes! *mstila kan, x kan tgk pki mata org len plak*
takut jugak.. tapi dorg ok je.. siap bleh senyum2 lagi kat plawat2 nih.. don't ever judge them because they are  prisoner.. maybe one day, later, insyaAllah they will become a better person.. better then us. who knows? am i rite?
pengalaman hidup menjadikan mereka lebih berwaspada dengan their future life.. pglaman hitam n pahit mereka yang lpas mngkin telah melahirkan kekesalan dlm diri dorg,.. insyaAllah..

sampai dkat meeting room, ktorg dengar ceramah,*sort of* tntg penjara.. details lah jugak..
tntg every hkuman yang dikenakan terhadap pesalah,
e.g:
i) hukuman gantung sampai mati
ii) hukuman sebat
n bnyak lagi..

saya tertarik kepada 2 hukuman ni, coz bagi saya..
sangat menginsafkan,,.. serious..

sepanjang taklimat tuh.. tak tahu knpa saya memang nervous sgt, tkot nak tgk vdeo sbatan tuh,.. * ade sbab lain gak*

saya ceritakan dengan lebih details ea, tntg pnjara nih:
1) prisoners nih, dorg ade gaji, setiap hari.. around 30cent to 60cent sehari. sebab dorg bekerja jgak sbnarnya kat dalam prison ni.. adelah kerja2 yang dorg buat.. tapi gaji tu pun, based on berapa lama hukuman dijatuhkan.. at least dorg ade jgak duit kan, bile dah keluar drpd prison nih..tak delah sehelai sepinggang je..
2) pakaian pon ade category.
  • putih: baru2 lagi..
  • merah; hukuman around 6 months n below (kalau x slap)
  • hijau: 6 months n above..
3)bagi yang kena hukuman sebatan, hukuman tu akan dijalankan sekaligus, melainkan terpaksa diberhentikan oleh pgawai prubatan.. aduh, seksa sgt tgk those banduan yang kena sebat tu.. hopefully dorang insaf n x kan ulang lagi perbuatan dorg.. n jadi pengajaran dekat those yang berniat nak ikut jejak langkah dorg..

4) bagi yang kena hukuman gantung, normally dorang masih boleh appeal rayuan untuk ringankan hukuman.. tapi based on sultan or pemerintah.. iyelah, bukan senang2 kan..
kalau yang hard core, memng high risk pnye prisoner, susah sketlah nak di kurangkan..
ok, bayangkan, kite dah tahu yang esok kita akan mati.. MATI.. saya tak dapat nak bayangkan, n tak nak bayangkan keadaan tu mcm mana.. cukupkah amalan yang kita dah buat, sebelum ke destinasi akhir.. tapi kira mereka2 tuh, dah tahu bile akan dipanggil oleh Ilahi.. kita?

ok, habis taklimat tu semua, ktorg dapatlah temubual sorg banduan ni.. ( tak delah temu ramah sgt pon sbnarnya)

dye pon ceritakan tntg knapa dye masuk pnjara, macam mana msuk pnjara n bnyak lagi..
sangat sadis.. kesalahan, DADAH.
sepatutnya dye dikenakan hkuman gntung smpai mati, tapi hukuman dapat dikurangkan kepada penjara 8 tahun n 10 sebatan..
dye cerita yang dia sangat insaf,(hopefully he really mean that, insyaAllah) dan dye jgak fikir yang dia dah menyusahkan ramai org, especially his family. dye cerita, spanjang kat pnjara, dye mendapat 2 berita kematian, 1stly, his father n then his grandmother. n the worst thing, he cannot be with them, during that time.. he can't.  sedihnya..

so, sisters pon memng mengalirkan air mata, sampai pegawai pnjara  tu pas tisu sekotak.. brothers? tak tahu pulak,..

then disambung pulak dgn taklimat oleh koperal yang ditugaskan mnjadi ustaz di pnjara tu.. he really hoping that we, us, KITA kat luar ni, masyarakat, tolong dorang. hulurkan bantuan buat prisoners ni, especially dari segi kerohanian.. mereka ni dah jauh sgt menyimpang dari landasan agama kita.. dah terlalu jauh.. so, kita as masyarakat yang faham agama, bantulah mereka. ingatan untuk diri sya juga, supaya jgan cakap je, but DO something... hmmm~~ tapi nak bantu macam mana? any idea??

ok, bila dah habis taklimat, maka tamatlah lawatan ktorg ke penjara Kajang.. lagipun nak kejar solat Jumaat. takut lambat plak nanti..

tapi ktorg sempatlah jugak amik gambar n serahkan sdikit cenderahati kpada pihak penjara..


sisters


brothers n sisters




Alhamdulillah, tamatlah entry untuk kali ini.. saya berharap dapat join kind of this program lagi, later.. insyaAllah..
ok, lepas ni, fokus untuk SMAC pulak.. semoga dipermudahkan oleh NYA..

maassalamah,
wassalam..
(~_^)

Sunday, January 2, 2011

(~.~)... pening2

Bismillahirrahmanirrahim...

sbenarnya tak tahu nak tulis ape, tak de idea..
 tapi rndu sgt dgn blog ni, so i juz wanna drop by here...

SMAC..
sgt berat, n tak semudah yang saya sngka..
bnyak lgi kerja yang trgendala..
bnyk perkara lgi yg perlu di finalise kan..

hopefully masa tak mencemburui biro kami,
 and kitorang dapat settlekan probs kitorg b4 13 Jan..

tapi agk pening, sebab this is my first time,
bnyak perkara baru yang perlu saya hadapi..
*huhu,knapa rasa mcm tgah buat jurnal plak nih??*

n i juz wanna do my best..

i'll try my best for this becoming event..
insyaAllah...

jgn stress.....

maassalamah,
Wassalam.. (~.~)
insyaAllah..