Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Puji-pujian buat Allah, tuhan pencipta sekalian alam,
selawat dan salam buat nabi junjungan, Muhammad, s.a.w.

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah...

terima kasih Tuhanku,
atas segala nikmat yang Kau berikan..

kita sering melupakan Dia, walhal Dia tidak melupakan kita..
kita sering mengabaikan Dia, walhal Dia tidak mengabaikan kita..

buktinya?

Dia masih memberi kita nikmat2nya walaupun kita sering berdusta padaNya..
Dia sering mendengar luahan kita walau kadang sahaja kita datang padaNya.
apakah hakikat kita seorang hamba?

*okeh, cukuplah bermonolog...=)*

Praise be to Allah, again..
tahniah buat adik saya atas kejayaannya yang cemerlang dalam PMR..
sesungguhnya Dia memberi tanda Dia menyayangi,
Dia memberi juga tanda Dia menguji,,..

terima kasih juga buat kamu kerana membantu saya merealisasikan keinginan saya,
 dengan izinNya juga,
yang pada awalnya saya rasakan MUSTAHIL sudah ntuk saya peroleh,
terima kasih.

Akhir kalam, redhalah dengan setiap apa yang berlaku kepada kita, kerana kita tidak tahu apa yang Allah janjikan buat kita.
terimalah,
kerana Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
maka
bersangka baiklah padaNya,..

Wassalam,
ma'assalamah...
(~_^)

Wednesday, December 22, 2010

tak sangka..

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk post kali ni, saya nak cerita tentang 2 perkara.

i) Firstly, esok insyaAllah adik saya akan mengambil keputusan PMR..
   dan, saya yang sangat2 berdebar.. *ceh, mcm saya plak yg exam..=)*
   semoga Allah memberi kejayaan yang cemerlang kepada adik saya n sahabat2 dia, setimpal dengan 
   usaha mereka =)
   "nana, tawakkal n doa bnyk2 ye syg.."

ii) Secondly,... phone saya ROSAK!! *baru je ni*
    huhu.. bingung jugak saya, tak de angin tak de ribut, tiba2 phone saya tak hdup.. n konon2 nye, saya nak betul2kanlah, ape yang patut.. suddenly, PAP!!!  " Ya Allah, batteri ni meletup"..
Alhamdulillah, tak de sesiapa yang cedera, kecuali jantung masing2.. *sebab terkejut sangat*
hehe.. actually tak de lah dahsyat sangat pon, cume ade percikan api skit je pada batteri tu.. huhu..

and masalah timbul.
macam mana saya nak balik nanti?
phone tak de, balik sorg2.. naik ktm..
aduis, takut nih....

solution:
i) gune public phone je.. kalau da smpi ktm nanti..
ii) pinjam kwn2 yang ade extra phone..* tapi malu la, ade ke, org nak bagi pnjam?? phone kot??*
iii) redha n tawakkal je lah...


saya dah call bagitahu umi n abah saya.. n obviously dorg sgt bimbang.. iyelah, parents mana yang tak bimbang kan? (~_~)
tapi abah saya tak dapat ambil dkt pj, coz ade meeting.. huhu, "abah, sory kalau kakngah menyusahkan abah.."

setelah fikir punye fikir, sampai dah naik buntu dah fikir.. ,
tiba-tiba sahabat saya mimi pon bagitahu..
"eh, aku ade phone extra.. ko pakailah dulu... bawaklah balik n9.. bahaya kalau tak de phone nih.."

Alhamdulillah, lastly, Allah bukak kan jalan, Allah hantarkan bantuan..
*saya pon menerima hanphone pinjam tu dengan senang hati...*
thanx mimi.. May Allah be with you always and forever...

so, Alhamdulillah sekali lagi sebab probs saya dah berjaya di'overcome' ..
untuk tempoh beberapa hari b4 balik ni, saya cuma on phone waktu malam je.. so, kalau ade ape2 yang important, msg malam ye..* buatt announcement plak kat sini*

Last but not least, saya sedih sebab tak dapat pergi mahabbah to Penjara Kajang, due to the excessive of participants... ntah bile la, dapat pergi.. tak kan nak pergi sendiri kot,...hmm.. tak pelah, ini yang dinamakan, kita hanya mampu merancang, but Allah yang menentukan.. tak de rzki... x pe lah..

ok lah, nak buat assigment RIM..
k, ma'assalamah
Wassalam..
(~_^)

Saturday, December 18, 2010

Transformation....buat aku, kamu, kita,..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, saya masih diberi nikmat oleh Allah s.w.t, untuk terus menghirup udara segar pagi ini, masih mampu bernafas, masih mampu melihat dan masih seperti semalam.. Tapi saya berazam, saya ingin berhijrah.. ya, saya perlu, dan saya mahu! "Ya Allah, permudahkanlah.."

Saya perlu menjadi saya yang baru,..
setiap yang berlaku pasti bersebab.. dan ade juga sebab kenapa saya ingin berhijrah.. tambahan pula, Rasullullah kan menggalakkan umatnya untuk sentiasa berhijrah.. biarkan hari ini lebih baik daripada semalam, dan insyaAllah jadikan hari esok jauh lebih baik daripada hari ini..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang ingin berubah.."
****

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
dan ingatlah anakku,
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.
INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


~harapan~

~keinginan~

~Allah yang menentukan~

****

Ayuhlah duhai akhawat, sahabat2 sekalian.. kita lakukan transformasi, dalam mencari Redha Ilahi...


Wassalam,
ma'assalamah..(^_~)
 

Thursday, December 16, 2010

tepatkah keputusan ini?

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sekarang ni saya lebih tenang, hidup pun macam lebih teratur.. thank you Allah..


hmm, saya tak sangka beberapa hari lepas saya telah melakukan satu tindakan yang saya sendiri tak sangka saya akan buat..
tapi perkara yang paling penting, saya dah LAKUKANNYA....

"Ya Allah, aku mohon padaMu, redhailah setiap apa yang aku lakukan,.. berkatilah setiap tindak-tandukku.. aku bermohon agar ini jalan yang terbaik.. andai sebaliknya, aku mohon Kau berikan aku kekuatan untuk menghadapinya dan Kau tunjukkanlah jalan keluar yang terbaik.. amin.."

Masih jauh lagi perjalanan hidup,
Masih ada cita2 yang tak terlunas,
Masih ada kesamaran yang belum jelas,
Masih ade tanggungjawab yang belum terlaksana..

tepatkah keputusan saya?

"La yukallifullahu nafsan illa wusaha..."

 ~mungkin juga bukan saya orangnya~

wassalam..

Tuesday, December 14, 2010

hakikat seorang saya

bismillah...
alhamdulillah..

saye terpaksa tulis jugak, walaupun mungkin ade yang tak menggemari post untuk kali ini..
.maaf.
Ini salah satu cara saya meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya..

maaf jugak kalau serabut baca post2 saya lately ni, sebab hampir semuanya berkisar tengtang problems saya..
PROBLEMS...
~tak adventurelah hidup kalau x da masalah kan??~

lately ni, saya akui memang saya banyak sgt problems.. n saya tahu, orang lain pun ade problems jugak, bukan saya sorg je..=)
saya try overcome skit deme sikit.. saya usaha, saya cuba..
inilah ujian sebagai manusia kan?

* study, study,study.. (tapi berblogging,huhu)
study adalah main problems saye skrg, sebab saya takut tak bleh focus time study.. saya takut tak dapat capai ape yg saya nak.. n saya takut tak dapat bahagiakan ibubapa saya..

* tak semua org percayakan kita sama macam tak semua orang kita percaya..
tapi, sakit jugak kan kalau org yang kita percaya tak percayakan kita.. fizikal tak sakit, tapi mental yang sakit..
tapi tak pelah, kita kena terima yang tak semua orang tu sama.. that is FACT!

* belajarlah menerima hakikat yang kita tak boleh memiliki apa yang bukan milik kita..
bukan mudah untuk padam apa yang dah lame tertulis,
bukan senang nak lupakan perkara pertama yang hadir n terjadi pada diri kita,
bukan senang ubtuk menghargai sebuah penantian, kerana khuatir pengakhiran penantian itu tak seperti yang kita harapkan,
and, jangan terlalu berharap pada suatu yang tak pasti, tapi berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik.. mungkin kita tak sedar, kita tak nampak hikmah Allah jadikan/timpakan sesuatu buat kita..
Always look for da hikmah behind..

kita hanya mampu merancang.. Allah pula adalah sebaik2 perancang..

~saya belajar untuk menerima hakikat dan kenyataan.. semakin saya dewasa, semakin saya jelas tentang ini..
kerana inilah hakikat seorang SAYA..
banyak harapan yang saya perlu lunaskan.. banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul. banyak hati yang perlu saya jaga dan bahagiakan. walaupun kadang2 saya sendiri berduka, tak bahagia..
adakah saya mudah putus asa?
entah.
saya sendiri tak tahu. ini maknanya, sya masih belum cukup kenal diri saya sendiri,,..
saya kena kuat untuk faced semua ni..
tapi saya rasa saya belum. belum cukup kuat..

tapi, saya perlu kuat. ya, saya perlu!
kerana saya seorang hawa..


~ terima kasih.terima kasih.terima kasih.
maaf andai post saya kali ini, menyusahkan hati2 kalian.
maaf.maaf. dan maaf.

wassalam..
ma'assalamah..(~_-)

Sunday, December 12, 2010

Diuji lagi...

bismillah...

alhamdulillah, saye tgah exam sekarang..
tapi saya sangat frust mase jwb satu paper ni sebab careless sangat...
sedihnye....

balik je daripada exam, saya terus terperuk kat bilik..
saye tak dapat nak menggambarkan ke'frust'an saye time tu..
nangis senyap2 kat musolla..(tapi tulis kat sini..huhu)

puasla roomates saye menenangkan saya..
"let bygone be bygone,.. kan ade 2 paper lagi.. jganla mcm ni"
n banyak lagilah..

tapi saye tetap rase down...
mcm manelah saya boleh careless sgt.. dah lah rase macm confident je jawab time tu..
n i keep questioning, "why, why, n why?.. why this happened to me?"
and suddenly saye terfikir,
Allah menjadikan sesuatu tu bersebab..
Allah tak kan uji saya kalau saya tak mampu..
saya ambil loveletters saye,
saya bukak surah Al-Fath..

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah ada. Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi dan Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui" (surah Al-Fath, ayat 4)

*Ya Allah, aku bermohon agar aku tergolong dalam golongan yang kau beri ketenangan padi hati2 mereka*

Alhamdulillah, bila saya keep bace n baca n bace ayat tu, saye rase tenang sikit..
Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar..
saya cuba mengaplikasikan concept redha..
redha lah dengan ape yang telah berlaku..

ye, saye akan cuba..
InsyaAllah..



*doakan saya agar jadi lebih kuat.. walau tak mungkin saya menjadi sekuat dan sehebat  para srikandi terdahulu, tapi saya teringin walau ade 1% pon kekuatan n ketabahan mereka dalam diri saya supaya saya dapat faced masa hadapan yang lebih mencabar. dan supaya saya dapat merealisasikan impian saya dalam menyebarkan dakwah islam.. insyaAllah..*

~terima kasih kerana sentiasa menyokong saya.. dikala senang atau susah~

alhamdulillah..
wassalam
ma'assalamah (~_~)

Friday, December 10, 2010

Menjadi diriku..

 

Bismillah...
alhamdulillah..

*tak semua perkara yang kita simpan mampu kita luahkan..

MENJADI DIRIKU

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna


Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

********************************
~misseifa~

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah..

Bismillah...

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun berada di tahun baru Islam..
1432H..
semoga tahun baru ini, memberi kita semangat and keinginan baru untuk berhujrah kearah yang jauh lebih baik, InsyaAllah..

melakukan penghijrahan ni, saya akui bukan mudah.
kita perlu betul2 istiqamah kerana tanpa istiqamah, sia-sialah penghijrahan yang kita lakukan... betul x?

penghijrahan boleh dilakukan daripada pelbagai aspek.
dan yang paling sukar adalah penghijrahan hati, akal dan Iman..=)
biasalah, kalau nak buat perkara baik ni, banyak dugaan dan cabaran,
(yeke?)
am i right?

tapi, jangan kerana halangan2 ni, kita mudah give up(saya lah tu, huhu)
kuatkan tekad, teguhkan azam,
mohon pada Allah agar hati kita sentiasa dekat denganNYA,
dan semoga DIA sentiasa bersama dengan kita.. (~_^)
insyaAllah..

~Salam Maal Hijrah~

" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
seedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan
 dan
 berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan"
~moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani~

* Tiada istilah rehat dan selesa dalam jalan ini,
hanya ganjaran di sana sahaja kita akan berehat selama2nya,
semoga Allah terus memilih hati ini di jalan dakwah ini..*

~misseifa~

ma'assalamah
wassalam (~_^)



Saturday, December 4, 2010

DOWN

bismillah..
kali ni tak de pape yang saya nak share,..
 cume saye rase sgt down, tertekan
n banyak lagi perasaan yang tak boleh nak digambarkan..

sabar,sabar,sabar..
i'm trying..
tapi susahnya..

rase mcm zero!
nothing!
serba salah.. sume ade..

Ya Allah, kenapa macam ni..
kenapa di saat2 gentir mcm ni??

kenapa dengan saya ni??????
hopeless!
kosong.

adekah saya tengah tertekan sekarang ni?
Lailahaillallah, muhammadurrasullulah.....

duhai hati sabarlah..
duhai hati, tenanglah,
duhai hati, terimalah...

la tahzan!
tapi saya tetap bersedih....


p/s: maaf......

Friday, December 3, 2010

lawakkan??? tapi renungkanlah....

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
 *****************************************************************
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????


Wallahualam…

Thursday, December 2, 2010

sebuah kisah...

bismillah....
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan lagi olehNYA untuk update blog ini..
saya ingin bawakan sebuah kisah yang boleh kita sama2 jadikan renungan dan panduan..,
sama2lah kita renungkan........

***********************************************************************

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

**************************************************************************

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”



sumber: Menjejaki Keredhaan

wassalam.. maassalamah (>.<)

Jom tangani stress...=)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dapat juga saya publish post untuk kali ini..
saya tertarik ntuk share pasal stress a.k.a tertekan sebab lately ni ramai juga yang mengalami sindrom tekanan..=(

ade banyak cara yang boleh kite apply untuk menangani tekanan..
antaranya..:

Menangis dengan sepenuh hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” – ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah – olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama – sama rakan – rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.. insyaAllah..
and banyak lagi....




BUT the most important, kembalilah kepadaNYA.. Dakaplah kalam-kalamNYA, hayatilah, renungilah.. insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang.. adukanlah padaNYA kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang tersembunyi....


wassalam..
ma'assalamah..(>.<)