Sunday, November 28, 2010

sakit itu ujian..

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah, saya masih diberi nikmat oleh Allah untuk menulis post kali ini, walaupun kondisi keadaan kesihatan saya yang kurang memberansangkan..=(

 *saya dan roomates saya diserang syndrome awal demam kerana sepanjang khamis hingga sabtu, kami sering berhujan.. kesian kan??*hee

kadangkala pabila Allah menguji kita dengan sakit, itu tandanya Allah sayangkan kita.., insyaAllah..
jadi janganlah kita merungut dengan ape yang Allah timpakan buat kita, kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui...


Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
saranan saya, jika ada sahabat2 yang Allah uji dari segi kesihatan, banyak2lah bersabar.. amalkanlah membaca manzil,.. insyaAllah, setiap penyakit ade penyembuhnya kecuali penyakit mati...

(-_~) ma'assalamah..

wassalam

Friday, November 26, 2010

jangan ditangisi apa yang bukan milikmu..(copied)

Bismillahirrahmanirrahim..
saye terjumpa article ni, so rase mcm nak share dgn semua... ni copy and paste je.. *tak pandi lgi nak tlis artcle hebat camni..(>.<)*

*************************************************************************
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.
 Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara.
Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

********************************************************************
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala daripada kebajikan yang dilakukannya dan dia mendapat siksa daripada kejahatan yang dilakukannya...."(Surah Al-Baqarah:286)

wassalam...
ma'assalamah.. (~_^)

Thursday, November 25, 2010

perjalanan..

alhamdulillah,
Allah memberi saya sedikit kelapangan ntk saya menulis kali ini..
*saya ondawei nak pegi talk ni..=)*

kali saya nak share tntang usrah.. kadang2 ade diantara kita tertanya-tanya. kenapa sibuk2 nak pergi usrah? tak rasa buang mase ke? tak penat ke? n mcm2 lagi..

so, biarlah saya nak tolong jawabkan.. pada pndangan saya, banyak kelebihan berusrah ni,.. hakikat manusia selalu lupa. dengan adanya usrah, insyaAllah akan ade sahabat yang tolong ingatkan, tegurkan n mcm2 kan lagi.. kita sebgai khalifah atas muka bumi ni, sebenarnya banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. sebab tu lah berat je bahu ni..=)

kan indah kalau kita sebagai daie atas muka bumi ni, sama2 tegakkan agama Allah dengan cara n method yang sebenar, yang Rasulullah dah ajar. ok lah, saya pon tak tau nak tulis ape lagi, cuma saya rase mcm nak kongsi satu cerita.
**********************************************************************************

tersebutlah kisah..... cewah,

tak delah.. petang tadi saya dan roomate saya meredah hujan yang lebat untuk pergi iftar kat kc.. kepala saya mcm da pening2 dah sebab kene hujan.. huhu..
tapi demi semngat saya nak iftar dengan ahli2 usrah saya, maka saya gagahkan juga..(>.<)

namun alhamdulillah, pengorbanan kami meredah hujan tu berbaloi. b4 buka puasa, ade seorang ukhti ni kongsikan satu pengalaman dia yang cukup menyentuh hati saya.
katanya, dia pernah mengikuti satu kursus ni, lebih kurang mcm khemah ibadahla.. lepas tu dia pon cerita,pada malam terakhir  program tu, mereka ade sesi muhasabah diri. mereka dikumpulkan dalam satu bulatan. di tengah-tengah bulatan tu, ade lilin yang menyala. semua peserta diminta untuk duduk dan menutup mata. maka, bermulalah sesi muhasabah diri. ustaz yang mengelolakan program tu mmemulakan bicara. "baiklah, secara jujurnya, siapa yang pernah meninggalkan solat, mengensot ke belakang satu langkah." lepastu siapa2 yang rasa ade tinggal solat, diorang pon undur selangkah. then, ustaz tu cakap lagi," siapa yang pernah melawan ibu bapa, undur." dan banyak lagi kesalahan2 yang biasa kita buat disebutkan oleh ustaz tu. then, bila dah tamat, ustaz tu suruh buka mata. "sekarang lihat lilin yang berada di tengah2 tu. berapa jauhkah kamu drpd lilin tu?" maka ade yang sebak melihat betapa jauhnya mereka daripada lilin yang kat tengah tu.
hakikatnya, lilin itu umpama hidayah Allah. semakin banyak kesalah and dosa2 yang kita buat, semakin jauh kita dariada hidayah Allah. maka, sama2 lah kita renungkan di manakah letaknya diri kita daripada hidayah Allah. masih terang lagikah hidayah Allah buat kita, atau semalap cahaya lilin tadi?? na'uzubillah, minta dijauhkan..
semoga Allah membuka pintu hati kita dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayahNya buat kia.Amin..

ok lah, masa dah time.. saya nak pergi dengar talk.. "kahwin muda=)" hee.. nak menimba ilmu ade banyak cara kan....
insyaAllah,.. terima kasih kerana membaca sehingga ke noktah yang terakhir.
ma'assalamah...

salam ukhwah (~_^)

Tuesday, November 23, 2010

ujian, dugaan dan kesabaran...


Saya sering terdengar, sesetengah daripada kita mengatakan yang penantian itu satu penyiksaan. Betul ke?
Pada saya, hakikat sebuah penantian itu adalah sebuah keindahan. Dalam menanti kita bersabar. Dalam bersabar kita makin dekat denganNya. Dan kita akan merasai yang Allah bersama dengan kita tak kira dalam ape jua keadaan.. insyaAllah.. Penantian itu boleh merujuk kepada banyak perkara. Sebab ia terlalu subjektif. =)
Saya bawakan lirik nasyid ni, untuk semua.. ade makna yang tersirat di sebalik lirik nasyid ni.. 
Cinta dan Harapan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara
*cubalah dengar nasyid ni=)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah insan yang kuat, sesungguhnya saya ini lemah. Bukan hanya kerana saya ini seorang wanita, tetapi kerana saya adalah saya dan saya memang lemah.
Allah tidak akan menguji hambanya jika hambaNya itu tidak mampu.. saya yakin Allah tidak uji saya dengan dugaan yang maha dahsyat ni, kalau saya tak mampu. Cuma buat masa sekarang saya rasa agak tidak cukup kuat untuk menerima dugaan ini.
Dugaan hati dan perasaan.
Hakikatnya ini adalah fitrah. Cuma terpulang pada kita  bagaimana cara kita nak mengawalnya dan memastikan rasa cinta pada Yang Khalik itu tak terjejas..
Mencintai pencipta kepada makhluk itu adalah lebih indah berbanding mencintai makhluk yang dicipta oleh pencipta. Tapi saya tdk pernah menolak perasaan itu kerana ia adalah fitrah. kan?=)
Allah ade  berfirman, dalam SurahAn-Nur ayat 26..cari sendiri ye..=)
Jadi, saya perlu memperbaiki diri saya untuk memperoleh yang lebih baik. Kerana saya sedar, saya bukan insan yang sempurna..
Dan kita juga jangan terlalu berharap pada sesuatu yang belum pasti. Leave it to Allah because HE knows the best for you..
LA TAHZAN INNALLAHMAANA..
insyaAllah..
salam ukhuwah..(^_~)

Friday, November 19, 2010

i'm not a blogger (~_^)

Bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, akhirnya saya tetap dengan keputusan untuk mewujudkan blog in..~~
agak lama saye berfikir sama ada ingin mewujudkan blog ini ataupun tidak..huhu

tapi akhirnya.., nah.. wujudlah KasihIlahi ini untuk tatapan semua..

saya berterima kasih kepada seseorg kerana saya terlintas untuk mwujudkan blog ini pon, after saya mnjadi pembaca setia blog beliau.. saya dpt rasakan, ade sesuatu yang boleh dikongsikan melalui blog...(^_^)
hee

andai beliau membaca blog saya ni, terima kasih, terima kasih, dan terima kasih..

'' ukhwah itu indah andai ia terjalin kerana Allah,
ukhwah itu manis andai ditautkan di bawah aqidah islamiyah,
selautan kata2 masih tak dapat mengungkap keindahan berukhwah...''
salam ukhwah daripadaku buat semua..