Thursday, November 25, 2010

perjalanan..

alhamdulillah,
Allah memberi saya sedikit kelapangan ntk saya menulis kali ini..
*saya ondawei nak pegi talk ni..=)*

kali saya nak share tntang usrah.. kadang2 ade diantara kita tertanya-tanya. kenapa sibuk2 nak pergi usrah? tak rasa buang mase ke? tak penat ke? n mcm2 lagi..

so, biarlah saya nak tolong jawabkan.. pada pndangan saya, banyak kelebihan berusrah ni,.. hakikat manusia selalu lupa. dengan adanya usrah, insyaAllah akan ade sahabat yang tolong ingatkan, tegurkan n mcm2 kan lagi.. kita sebgai khalifah atas muka bumi ni, sebenarnya banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. sebab tu lah berat je bahu ni..=)

kan indah kalau kita sebagai daie atas muka bumi ni, sama2 tegakkan agama Allah dengan cara n method yang sebenar, yang Rasulullah dah ajar. ok lah, saya pon tak tau nak tulis ape lagi, cuma saya rase mcm nak kongsi satu cerita.
**********************************************************************************

tersebutlah kisah..... cewah,

tak delah.. petang tadi saya dan roomate saya meredah hujan yang lebat untuk pergi iftar kat kc.. kepala saya mcm da pening2 dah sebab kene hujan.. huhu..
tapi demi semngat saya nak iftar dengan ahli2 usrah saya, maka saya gagahkan juga..(>.<)

namun alhamdulillah, pengorbanan kami meredah hujan tu berbaloi. b4 buka puasa, ade seorang ukhti ni kongsikan satu pengalaman dia yang cukup menyentuh hati saya.
katanya, dia pernah mengikuti satu kursus ni, lebih kurang mcm khemah ibadahla.. lepas tu dia pon cerita,pada malam terakhir  program tu, mereka ade sesi muhasabah diri. mereka dikumpulkan dalam satu bulatan. di tengah-tengah bulatan tu, ade lilin yang menyala. semua peserta diminta untuk duduk dan menutup mata. maka, bermulalah sesi muhasabah diri. ustaz yang mengelolakan program tu mmemulakan bicara. "baiklah, secara jujurnya, siapa yang pernah meninggalkan solat, mengensot ke belakang satu langkah." lepastu siapa2 yang rasa ade tinggal solat, diorang pon undur selangkah. then, ustaz tu cakap lagi," siapa yang pernah melawan ibu bapa, undur." dan banyak lagi kesalahan2 yang biasa kita buat disebutkan oleh ustaz tu. then, bila dah tamat, ustaz tu suruh buka mata. "sekarang lihat lilin yang berada di tengah2 tu. berapa jauhkah kamu drpd lilin tu?" maka ade yang sebak melihat betapa jauhnya mereka daripada lilin yang kat tengah tu.
hakikatnya, lilin itu umpama hidayah Allah. semakin banyak kesalah and dosa2 yang kita buat, semakin jauh kita dariada hidayah Allah. maka, sama2 lah kita renungkan di manakah letaknya diri kita daripada hidayah Allah. masih terang lagikah hidayah Allah buat kita, atau semalap cahaya lilin tadi?? na'uzubillah, minta dijauhkan..
semoga Allah membuka pintu hati kita dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayahNya buat kia.Amin..

ok lah, masa dah time.. saya nak pergi dengar talk.. "kahwin muda=)" hee.. nak menimba ilmu ade banyak cara kan....
insyaAllah,.. terima kasih kerana membaca sehingga ke noktah yang terakhir.
ma'assalamah...

salam ukhwah (~_^)

No comments: