Tuesday, November 23, 2010

ujian, dugaan dan kesabaran...


Saya sering terdengar, sesetengah daripada kita mengatakan yang penantian itu satu penyiksaan. Betul ke?
Pada saya, hakikat sebuah penantian itu adalah sebuah keindahan. Dalam menanti kita bersabar. Dalam bersabar kita makin dekat denganNya. Dan kita akan merasai yang Allah bersama dengan kita tak kira dalam ape jua keadaan.. insyaAllah.. Penantian itu boleh merujuk kepada banyak perkara. Sebab ia terlalu subjektif. =)
Saya bawakan lirik nasyid ni, untuk semua.. ade makna yang tersirat di sebalik lirik nasyid ni.. 
Cinta dan Harapan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara
*cubalah dengar nasyid ni=)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah insan yang kuat, sesungguhnya saya ini lemah. Bukan hanya kerana saya ini seorang wanita, tetapi kerana saya adalah saya dan saya memang lemah.
Allah tidak akan menguji hambanya jika hambaNya itu tidak mampu.. saya yakin Allah tidak uji saya dengan dugaan yang maha dahsyat ni, kalau saya tak mampu. Cuma buat masa sekarang saya rasa agak tidak cukup kuat untuk menerima dugaan ini.
Dugaan hati dan perasaan.
Hakikatnya ini adalah fitrah. Cuma terpulang pada kita  bagaimana cara kita nak mengawalnya dan memastikan rasa cinta pada Yang Khalik itu tak terjejas..
Mencintai pencipta kepada makhluk itu adalah lebih indah berbanding mencintai makhluk yang dicipta oleh pencipta. Tapi saya tdk pernah menolak perasaan itu kerana ia adalah fitrah. kan?=)
Allah ade  berfirman, dalam SurahAn-Nur ayat 26..cari sendiri ye..=)
Jadi, saya perlu memperbaiki diri saya untuk memperoleh yang lebih baik. Kerana saya sedar, saya bukan insan yang sempurna..
Dan kita juga jangan terlalu berharap pada sesuatu yang belum pasti. Leave it to Allah because HE knows the best for you..
LA TAHZAN INNALLAHMAANA..
insyaAllah..
salam ukhuwah..(^_~)

7 comments:

Marzuqi said...

MAHAR CINTA
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar


Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar


Lagu ni byk mengajar dan mengingatkan kita semula.. InsyaAllah. TAPI jika benar apa yang ditunggu itu. Ungkapkan dan biar caranya yang betul2 syariat.=)

eifa said...

insyaAllah.. semoga Allah melorongkan ke jalan yang sebenar. semoga Allah memberi petunjuk, dan semoga Allah meredhai.. Hanya Allah yang tahu..

Anonymous said...

=)

Marzuqi said...

Menanti siapa?..=)

eifa said...

insan yang ditakdirkan Allah..=)

Anonymous said...

Moga insan itu dijumpai cepat2.=) Jika sudah jumpa, moga dia dekat dan semakin dekat. =)

eifa said...

semuanya adalah perancangan Allah.. mungkin jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat sana.. ameen..