Saturday, June 4, 2011

Barakah Sebelum Berkahwin

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dapat juga jari-jemariku menaip aksara-aksara untuk menzahirkan apa yang bermain dihati dan fikiran tika ini..*cewaaaaah, ayat novel tuh...*

Again, Alhamdulillah dapat jugak saya menatap monitor untuk kesekian kalinya. Dah lame kan saya tak publish post? lama kan,kan,kan?*Gaye macam ramai je yang view blog nih!huhu*

Nampak tak tajuk yang kat atas tuh? Nampak..



Ceh, bukan saya yang nak mendirikan baitul muslim. Mungkin untuk saya belum sampai seruNYA lagi.
InsyaAllah, esok, 5 Jun 2011, sepupu saya akan mendirikan masjid. Alhamdulillah segala persiapan telah disediakan, dan yang paling penting kebergantungan kita kepadaNYA jangan pernah surut walau sedikit, pun.

Tapi, saya x dapat join, sebab dah kembali ke UIA 2 hari yang lepas.

mase saya dok godek-godek blog orang, saye terjumpalah satu artikal ni. Dan sangat kene pulak dengan situasi sepupu saya nak mendirikan rumahtangga, maka saya pon copylah artikel tu.
Ringkas, tapi insyaAllah boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang ingin mendirikan baitul muslim..(a_a)

**************************************

“Wan..macam mana persediaan?” tanya seorang kakak senior.
“Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak..”

Lantas kakak senior menjawab,“Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah.”

Kakak senior menyambung lagi,“Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya.”

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.

**************************
Sumber:wanhumaimee.com

semoga bermanfaat buat semua..

Ma'assalamah.
(^_^)

No comments: