Tuesday, January 25, 2011

~Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim...

praise be to Allah for His great nikmah,...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
~terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan aku peluang untuk bernafas lagi di atas muka bumi ini.. Kau berikan aku peluang untuk merasai nikmat sebuah kehidupan yang kadangkala pahit, manis, getir.. terima kasih Ya Allah...~

Hari ini, genaplah 19 tahun saya berada di atas muka bumi tuhan ini. pelbagai perasaan yang saya rasakan, bercampur baur. ade sedih, gembira, gusar.. segala2nya..

semakin meningkat usia, semakin saya bertanya pada diri saya.
sejauh manakah langkah saya?
seluas manakah pengalaman saya?
sedalam manakah ilmu saya?
sekuat manakah hati nurani saya?
setabah manakah saya?
sekuat apakah saya?

sebanyak manakah kasih sayang yang telah saya beri kepada ibubapa saya?
sebanyak manakah bahagia yang telah saya sajikan buat mereka?

setaat manakah saya pada Pencipta saya?
sebanyak manakah sumbangan saya pada ummah?
sejauh manakah jihad saya?

siapakah saya ketika ini???

Hari ini saya telah berjanji pada diri saya, perbaiki mana yang perlu untuk diperbaiki. upgrade diri, iman, taqwa.

Kita cuma pinjaman, bila2 masa Allah akan ambil semula apa yang telah DIA pinjamkan. dan saya tak nak apabila saya pulang kepadaNYA, saya dalam keadaan yang jijik dan kotor. oleh itu, sahabat, bantulah saya untuk menjadi saya yang baru..

saya tidak sekuat dan setabah mereka2 srikandi Islam.. saya perlukan sokongan, agar saya tidak terpesong ke lorong yang salah.. na'uzubillah..

Kini, saya juga sedar sebuah harapan itu tak semestinya perlu dipenuhi. kerana keindahannya masih samar dan tak kita ketahui.

Nurul~
~kembalilah kepada Dia.
Bersama-samalah denganNYA..
adukanlah apa yang kau rasa padaNYa,
hanya kerana Dialah yang Maha Mengetahui,
Sedarlah, sejauh manapun kau pergi,
Dia akan sentiasa berada di sisimu..~

*saya ingin memulakan episod baru dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan sekali-kali memadam episod lalu kerana pada saya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. setiap perkara yang berlaku ade indahnya, setiap perkara yang berlaku ade baik buruknya. jadi, pengalaman yang lalu akan saya cuba jadikan bekalan untuk menempuh ranjau dan duri yang sedia menanti saya...*

**************************************************
terima kasih kepada umi n abah kerana telah menjadi the best parents ever!!!!

terima kasih kepada sahabat2 yang wish saya, doakanlah agar saya menjadi mujahidah yang lebih kuat..

thanks to mimi, anis, and aimi for the cake..

thanks to kak mai n ain for the present.

terima kasih semua, ~jasamu dikenang~


present from kak mai
card from ain

cake from mimi,anis and aimi

~Sesungguhnya dalam kesulitan itu ade kemudahan,
dalam keresahan itu ade kebahagiaan,
dalam kepayahan itu ade kesenangan~

~saya akan sentiasa menyokong perjuangan anda walau tanpa anda ketahui~

2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

SANAH HELWAH!!!

~Kasihilahi~ said...

syukran...
doakan saye agr mnjadi lbih kuat=)