Friday, May 6, 2011

Konferens Riang yang Menggembirakan..(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah, saya semakin rajin mengupdate nampaknya! Saya rasa gembira ni...(^_~)

Sebenarnya tadi saya baru je berkonferens riang bersama ahli-ahli konferens saya.
Pernah dengar istilah konferens riang tak??*ha, tu dah garu-garu kepala tu, tak tau lah tu kan,kan..heee*





Istilah konferens riang ni saya dapat bila saya blogwalking dekat satu blog ni.
Angel wears Gucci. Pernah dengar tak nama blog ni?
 *mesti tak pernah ni kan,. dah jangan nak tanya orang sebelah pulak. Dorang pon tak tahu tu..=)*


Penulisnya menggunakan istilah konferens riang ataupun bulatan gembira bagi menggantikan istilah usrah. Sweet kan?

Saya sangat tertunggu-tunggu konferens riang sebab saya rasa lebih bersemangat lepas habis konferens riang. Macam battery lah, bila berkonferens riang je, saya rasa macam dicharge semula. Seronok kan?.. (^_~)

Nak menjadi da'ie ni menuntut pengorbanan yang besar. Bukan saje-saje je tapi kita kena ingat, Allah kan dah pesan dalam Surah Ad-Dzariyat, (51:56),

 "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaKu"

Tugas kita adalah menjadi hamba kepadaNYA yang Maha Satu.

Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah (2:30)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah......"

Siapakah khalifah itu???

*Errkk, garangnya..*

KITA, SAYA, KAMU, ANDA!! *Jangan nak toleh2 belakang pulak,!*



Ya, kitalah khalifah yang dimaksudkan. Kitalah da'ie itu. Setiap daripada ketika mempunyai tanggungjawab yang sangat besar pada agama ini. Janganlah memandang sepi sahaja tugas kita sebagai khalifah.
Jalankanlah tanggungjawab kita sebaiknya.

Berusahalah. Dan sahabiyyah saya dalam konferens riang sering menaikkan semangat saya seringkali saya berduka. Setiap kali saya merasakan seolah-olah saya tidak mampu. Terima kasih, sahabat!

Alhamdulillah, Allah memilih diri saya yang kerdil ini untuk bersama ahli-ahli konferens riang. Bagaimanakah agaknya saya sekiranya saya bersendiri, tanpa sahabat-sahabat konferens riang saya? Adakah saya sudah berputus asa atau masih menggagahkan diri di jalan mujahadah ini??

Allah Knows.

Thank You Allah, for Your great Nikmah..

"Ya Allah tetapkanlah hatiku di jalan ini.."

Selamat berkonferens riang!!! (a_a)

6 comments:

Muhammad Marzuqi said...

tajuk pe harini? :-)

~Kasihilahi~ said...

Tafsir surah..
sangat menyeronokkan dan menggembirakan..
(^_~)

Muhammad Marzuqi said...

SURAH pe?
Akhawat guna kitab skrg ni?

~Kasihilahi~ said...

Baru yang tiga qul. Sebab kitorang termissed tafsir. More on Tauhid.

Tauhid: Kitab Tauhid (Abdul Majid Az-Zindani)

Tafsir: Tafsir Al-Wadhih(Dr.Mahmud Hijazi)

Sirah: Sirah dan Pedoman (Dr.Mustafa As-Syibaie)

Muhammad Marzuqi said...

rindu untuk berusrah...
teringat dulu masa muda2, haha..
walaupun tahu ada akhawat satu wadah yang berjalan seiring, tapi langsung tak pernah bersua muka...ada, cuma sekali selepas diangkat menjadi penyelaras program bersama akhwat suatu permulaan dulu. kemudian senyap..ke program walaupun bersama akhwat, manalah kenal mana satu akhawat uia lagipun mata sangat segan untuk melihat akhawat..walaupun di majlis h. wida'.
alhamdulillah, selepas diangkat sekali lagi menjadi penganti ameer, sempat juga bergabung dengan akhwat dlm menjalani program. ABJZ dan Talk Ustaz zamri muncul.:-) Maha suci Allah, akhwat dan ikwah sangat bagus dlam menjalankan kerja...-suara hati.

p/s:lagu ni pasal pe ye?

~Kasihilahi~ said...

Alhamdulillah, gunakanlah peluang yang ada untuk sentiasa membantu agama Allah..(^_~)

p/s: huhu, tertarik dengan lagu Camar Kelukaan tu..

Kalau nak tahu pasal lagu yang lama tu, boleh tanya Inche Google ye,..=)