Monday, February 7, 2011

Bersyukurlah..

bismillah...


Cukup berkocak hati kecil saya tatkala melihat kanak-kanak kecil itu berlari-lari mengejar rama-rama yang berterbangan..
indahnya ciptaanMU, duhai Tuhan pencipta alam..
namun, siapa yang menyangka, dalam keriangan dan kegirangan kanak-kanak itu, dia rupa-rupanya disahkan bisu.
Alangkah terkejutnya saya, tatkala mendengar perkhabaran itu daripada umi.
" nabila mungkin bisu.."

siapa yang tak sedih, sedangkan saya yang tiada pertalian darah dengan kanak2 kecil itu pun, merasakan tempias keperitannya, apatah lagi kedua ibu bapa nabila..

sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.
Saya tak tahulah jika saya merupakan ibubapa nabila, adakah saya akan kuat untuk menerima dugaan ini..

Saya lihat kedua ibubapa nabila cukup tenang, menerima perkhabaran anak mereka..
patutlah setelah 2 tahun nabila lahir, sepatah perkataan, 'ayah' atau 'mak' tak keluar dari mulutnya...
rupa-rupanya...

"Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka yang Kau uji..

termasuklah buat diri ini.. berikanlah kekuatan, dan jauhkanlah dari ketakutan...."



2 comments:

Anonymous said...

tadahlah tangan bersyukur dengan pemberian Allah yang sudah terbaik untuk kita...Dah lama abg tak gi rumah perlindungan yg slalu abg gi. urmmm, ada masa nnti nak gi. Nak jenguk adik2, ibu2 kat sana..:-)

~Kasihilahi~ said...

jenguklah selagi kita diberi kesempatan untuk menjenguk mereka.. kasih sayang kita yang mereka perlukan, kerana mereka tiada siapa melainkan DIA Pencipta Yang Maha Esa, dan kita...=)