Tuesday, April 26, 2011

Hari Jumaat yang mencabar~nada Doraemon ye..~

Bismillah..

Wah, dah lama sungguh rasenye saya tak mengupdate blog ni..
Saya berkira-kira nak mengupdate blog ni sejak minggu lepas lagi, tapi rupanya idea saya ter'beku' seketika.. *wahaha, macamlah hebat sangat idea saya sampai boleh dibukukan..* sila muntah hijau sekarang!

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang agak meletihkan bagi saya.. Saya tak pernah rasa letih sampai tak boleh nak bukak mata*ceh, alasan ke ni???* haha

Hari Jumaat yang sangat mencabar..
~sila baca dengan nada kartun doraemon untuk mendapat efek yang lebih real..haha~

Perjalanan yang agak panjang, dari UIA PJ ke Smap Kajang.. Nak jadi kakak mithali ni bukan senang ye,..
huhu

*Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor*

Saya dan Along saya melawat adik saya di SMAP Kajang. Dah lah kami tak pernah melawat sekolah adik saya tu sendirian..Alhamdulillah seorang sahabat saya, Inche Exco, membantu memberikan penerangan untuk ke sekolah tu..

" Naik tren ktm dari Mid Velly, turun di ktm Kajang, then ambil teksi sampai Smap Kajang."Lebih kurang macam nilah perbualan message saya dan Inche Exco,.

 Cuma, kata Inche Exco, tambang teksi dari Ktm Kajang ke Smap lebih kurang RM6. But guess what???
we've been charged RM 12.. double price!!! Tapi sebab dah tak de teksi yang boleh dipercayai, maka kami (saya dan Along) pon naik jelah.


*masyuknya kalau dapat naik teksi macam ni..*

Dalam teksi pula, Pak Cik teksi Kajang ni, banyak sungguh bicaranya. Sampaikan saya dan Along terdiam, sambil mendengar. Mungkin saya rasa lagi banyak termenung dari mendengar celotehan Pak Cik Teksi Kajang.. Cerita2 pak cik tu macam lalu je di telinga saya tanpa buat pit stop kat minda saya.. Huhuhu

Yang saya agak sedih, waktu kami hampir tiba di SMAP Kajang, azan Zuhur dah berkumandang. Khutbah Jumaat pon dah bermula.Tapi Pak Cik MELAYU ISLAM yang bawa teksi ini,  tak de gaya macam nak mempercepatkan pemanduan dan segera menghantar kami dan, dia terus pergi menunaikan solat Jumaat.
Malangnya dia terus bercerita, dan bercerita. Apabila kami tiba di SMAPK, pak cik tu menurunkan kami dan terus berlalu. Saya sangat berharap pak cik teksi menunaikan solat Jumaatnya, kerana saya akan rasa bersalah sebab naik teksi beliau pada waktu tengah hari.. huhu

Apabila selesai melawat, kami pon pulang. Ade kejadian lucu yang berlaku ketika kami hendak pulang. Sampai-sampai je di MId Valley saya terus menghubungi sahabat gagah saya, Nadzirah.

" Nad, dari Mid Valley nak balik UIA nak naik bas no. berapa, nak tunggu kat mana?"
bertubi2 soalan saya bagi pada si Nad ni.

Eh, kalau nak gelakkan saya, gelaklah. Saya memang tak tahu nak balik naik bas ape. Sebab ni  merupakan kali ke 2 saya menjejakkan kaki ke Mid Valley. Yang First time tu, saya balik naik teksi. Tapi this time kena jugak balik naik bas, kopaklah duit saya macam nih. Naik bas tak sampai RM2 tapi kalau naik teksi lebih kurang RM10. Membazir tu..huhu
* tak kesah pon, kalau korang nak gelakkan saya*Jegilkan bijik mata...

Ok, proceed.. Nad pon memberi senarai no.bas yang perlu saya naik kalau nak balik UIA.
Hampir saja saya tersalah naik bas sebab tak perasan no.bas tu.
sepatutnya bas rapid t635.. Tapi saya hampir naik bas t631. Alhamdulillah saya tak sempat naik. Kalau tidak, ntah ceruk mana lah saya sampai.

So, moral of the story, *sila ambil tahu public transport di sekeliling anda ye!* huhu.. Sila tension..(~_^)

1.Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak pengalaman yang kita peroleh., semakin perlu untuk kita menghayati hikmah kembara.. ~walaupun tak delah jauh mana pon saya berjalan..heee~

2. Solat itu tiang agama. walau apa sekalipun yang perlu kita hadapi, solat itu TIDAK BOLEH sama sekali diabaikan. peringatan untuk diri saya dan anda juga.

3. Semua di atas.. haha

Ok peeps, lepas ni saya akan post pengalaman saya di KLIBF'11 pulak. Yang ni lagi mencabar.
See you,
Ma'assalamah.

`misseifa`

No comments: